Tuesday, December 29, 2009

Cheesy Rice Casserole

0 comments
SERVES 8 (change servings and units)

Ingredients
* 2 cups uncooked rice
* 2 (14 ounce) cans chicken broth
* 2 (15 ounce) cans peas and carrots, drained
* 1 (8 ounce) package monterey jack and cheddar cheese blend
* 1/4 (1 lb) package Ritz cracker

Directions
1.Preheat oven to 350°. Lightly grease a 9x13" casserole dish.
2.Bring rice and broth to a boil in a pot. Cover, reduce heat to low, and simmer 15 minutes.
3.Stir the peas and carrots into the rice. Cover, and continue cooking 5 minutes. Stir in half of the cheese and transfer to prepared baking dish. Sprinkle the top with the remaining cheese and the crushed crackers.
4.Bake 40 minutes in preheated oven, until bubbly and golden brown.

source : recipezaar

Quick and Easy Tuna Noodle Casserole

0 comments
This is a quick recipe that most children love.

SERVES 4 -6 , 1 pan (change servings and units)

Ingredients
*1 (8 ounce) can cream of mushroom soup
* 1 (16 ounce) box elbow macaroni
* 2 cans of tuna fish in water
* 1 (8 ounce) package extra-sharp cheddar cheese (shredded)
optional
*1 (8 ounce) can of earlie peas

Directions
1. Boil noodles.Then strain.
2. Mix in cream of mushroom soup and tuna.
3. Pour into casserole dish. Sprinkle cheese of top.
4. Bake at 350 until cheese is melted.
5. Let cool and serve.

cheesy creamed chicken

0 comments
ibu-ibu boleh try resipi ni utk kasik kat baby..

Ingredients
• 2 ounces , cooked boneless chicken, shredded
• 1/4 potato, baked, diced
• 1 tablespoon of grated cheese
• 2 teaspoons unsalted butter
• 1 teaspoon flour
• 2 fluid ounces milk (you can use breast milk or formula if you prefer)
• half of a tsp fresh chives, chopped

Directions
1. In a saucepan, melt the butter over a low heat.
2. Stir in the flour and cook briefly.
3. Remove from the heat and add the milk, stirring until smooth.
4. Return to a low heat and stir continuously, until the sauce thickens.
5. Add the cheese, stirring well.
6. Finally, add the potato and chicken and stir until warmed through.
7. Top with the chives.


source : recipezaar

pas dah try masak, i'll post the picture ok!

antara faktor mendorong ramai ibu berhenti menyusu badan...

0 comments
rentetan daripada follow-up checkup sara semalam di klinik..jadinya
saya menulis entry luahan rasa saya ini..lawatan yang menghampakan aku

diikuti oleh sokongan hujah yg sya jumpa dari website kellymom..
juga telah saya letak dalam entry carta tumbesaran breastfeed baby...
nak tau lebih lanjut kisahnya, boleh baca 2 entry di atas..

Monday, December 14, 2009

petola bulat melancarkan susu ibu

3 comments
kalini sya nk kongsi satu lagi breastmilk booster..siapa kata petola tak mempunyai khasiat? silabaca info ni dlu ye...info ni sya dpt dari majalah wanita.. oh...jgn slh paham ye..petola ni bkn dpt membantu bykkan air susu ibu tapi melancarkan aliran susu ibu tuh...hehehe


inilah rupa sayur petola bulat tu...sya rasa petola bulat ni tak sama jenis mcm petola yg biasa kita tanam/beli dr pasar tuh...rupa petola ni mcm timun cina je..im not so surela..

petola bulat adalah tumbuhan memanjat yg tergolong dlm keluarga CUCURBITACEAE dan banyak ditanam di kebanyakan kawasan beriklim tropika dunia. ia dikatakan berasal drpd bahagian selatan asia. petola bulat ini mempunyai bahan kimia yg bersifat julap serta mengandungi vitamin A, B dan C.
dari segi khasiat ubatan pula:
  • Jika akarnya direbus, air rebusan tersebut dpt melawaskan pembuangan air besar.
  • Buahnya yg dikeringkan pula dijadikan teh herba untuk mencuci ulser dan keputihan faraj wanita.
  • Manakala buahnya yg muda dimasak dan airnya diminum untuk menyejukkan badan, MERANGSANG PENGALIRAN AIR SUSU IBU, mencuci tubuh badan dan melembut serta melicinkan kulit.
so..sya rasa, tak salah kita cuba mkn sayur ni if ibu2 berhadapan mslh pengeluaran air susu..terutamanya selepas melahirkan anak..tapi jika dikhuatiri angin/kembung, tak perlulah cuba makan..hehehe..


btw, ini adalah pokok petola yg kakak sya tanam di rumah dia..
dh selamat pn sya masak lemak..hehehe

Thursday, December 10, 2009

low milk production

2 comments
yes...

its been 1 year,11month,3weeks and 1day i've breastfeed my daughter..

and now its happend again..

i notice esp during the night, sara will woke up almost 2-3times within 1 hour ...

lately, i've being very busy with office work

i hanya dpt pam plg byk pn 2x..

its not that i'm lazy..

but time envy me..huhu..

what to do..

but since sara mmg kurang minum ebm..she prefer direct feeding..

so im still no worry..

cuma penat sketla psl once dh blk rumah tu mmg dia akan melekapla tanak lepas...

Thursday, December 3, 2009

pemakanan bagi anak yang kzm

7 comments

hi semua...windu tak kt saya?

salam semua..
wah bekurun lama sya tak update blog ni..
sya selalu lepak di FB and my personal blog..
ada plak tu teman2 yg bertny soklan tentang BF, sya tak sempat nk reply atas sebab kekangan keja..
maafkan saya..sya cuba menjawab soalan2 anda sebaik mungkin..

berbalik pada topik yg sya nk posting kalini..PEMAKANAN BAGI ANAK YG KZM..ape pulak la KZM tu? KZM adalah istilah KURANG ZAT MAKANAN.

y i post this topic?
ok..sebabnya, last monday sya bwk sara gi monthly checkup..
sadly, she only gain weight 0.2kg!!!
tapi nurse yg check tu ckp she seems healthy and active..
so mungkin berat dia tak naik bnyk sbb sara nye kadar metabolisme tinggi..
and mmg sara ni aktif je..pendek kata, asal celik je biji mata tu mmg dia tak reti dok diam..
unless if dia lapar, mmg dia mula la meleser kt sya melembikkan badan minta nenen..hehehe..

so, masa checkup tu, nurse pn give some advise kt sya..
make sure dia mkn 6times a day..ni jadual pemakanan yg dia suggest..

7pagi - breakfast
10pagi - minum pagi
12.30tghri - lunch
4.30ptg - tea time
7.00ptg - dinner
9.00mlm - supper

*masa tu boleh adjust ikt kesesuaian ibu-ibu ye..mungkin kita blk keje lmbt,so masa mkn anak2 tu tepaksa drag lewat sikit..make sure 2hours before beri dia mkn tu jgn kasik dia minum susu..so that,dia mkn lbh byk sket..*

utk menu pulak..ini adalah antara menu yg sya cuba nk praktikkan utk sara.

breakfast - roti sapu butter / cream cheese / peanut butter / salut telur(goreng) + susu
minum pagi - bubur nasi + santan + sayur + ayam/ikan/daging
lunch - nasi + sup sayur/sup ayam + keju
tea time - 1 slice cake + susu
dinner - mihun sup/mee sup/nasi + sup
supper - susu

nurse minta sya lebihkan makanan bersantan dan berlemak utk sara..
so far alhamdulillah, she never complaint much..
apa sya suap, semua dia nganga..
the latest, mlm tadi sya suapkan dia nasi putih + kari ikan bawal + ayam goreng..
dia makan bykla juge..hehe..

here is her latest photo..
dh setahun 3bulan..


hi all...sama tak muka kami?


here is latest photo the 3 of us during our 2nd anniversary celebration..

Friday, August 21, 2009

selamat berpuasa kepada semua...

8 comments
Thn lepas sya tak dpt puasa penuh..thn ni awal2 pose dh ponteng..huk3x..nk wt cmne, kwn baik mai awal sgt...ada can ujg bln pn dia mai lagi ni nmpk gayanye...

hrp sya dpt berpuasa dengan tenang...dugaan semestinya hebat..coz im still fully bfeed sara..sya kene jaga makan/minum syalah..klu tak, risau nanti sya ngan sara dehydrate..huhu..nak2 plak sara skrg lalui fasa 'growth sprout'.. dia dh cam tak brp minat minum susu..actually dia masih menyusu..tapi dia nak direct feeding..dia reject botol or whatsoever cara yg sya cuba utk kasik dia susu EBM..sya dh pening kepala pk mslh ni..perkara ni jadi dlm 1-2minggu before dia genap umur 1thn aritu..and still happend until now..ada rakan yg komen ckp maybe ebm sya kasi tu dh tak elok..ok fine, so i kasik dia minum fresh ebm..still she reject the ebm!! unless fresh direct dr 'kilang',yg tu dia nak la....makan pn ala kadar...even nk kasik dia mkn scott emulsion pn jenuh..dia igt kita kasik ubat kt dia..dia takley terima 'rasa' scott tuh...so, spjg sara kt taska mmg dia tak minum susu..smlm pn cikgu dia ckp dorg dh kasik susu guna cawan..still dia tanak minum..tapi,dorg ckp smlm dia mkn dan minum air masak cm biasa..so i assume semuanya okla....as long as dia aktif mcm biasa dahla..klu tak, makin betambah risau saya dibuatnya...since dia tak brp selera makan nasi skrg ni..so smlm sya mskkan dia pasta with cheese...alhamdulillah, dia mkn byk jugala..siap arini sya tapaukan wt snek incase dia kelaparan kt taska..tapi tu la, if cikgu dia tak kasik dia makan pasa tuh, still tak guna jugak..yela..sara mana reti becakap lagi..huhu...bknnye pandai nk minta minum/makan..

memandangkan esok kita semua umat islam dah nak puasa, so kt sini saya dan keluarga mohon maaf atas semua salah silap kami jika ada..semoga kita semua mendapat keberkatan ramadhan dan ibadat puasa kita berjalan lancar..puasa kita diterima Allah....jgn lupa baca niat puasa ye...ptg ni blk awal ye..besiap2 utk bertarawikh.... =)

saje selit gambor si kecik yg kusyuk main belon hello kitty..

p/s - mlm ni nk kena prepare bahan utk masak sahur esok..even sya tak dpt sambut 1st ramadhan, tanggungjawab kena la buat..kang kebulur plak husband sya tuh..hehe

Monday, August 17, 2009

gold medal 12months BF journey

13 comments


alhamdulillah,
tercapai jugak my 2nd target utk fully bf sara as sara turn to 1yr today..
syukran jaziran..atas pemberian nikmat dr Allah ni..
hope i can continue this journey till another 6month..why 6month je?
o....sya tanak bercita2 terlalu tinggi..selagi ada rezeki, selagi terdaya, selagi Allah beri nikmat tu, sya terima.. selebihnya sya beserah kepada ketentuanNya..
if diizinkanNya barulah boley diextend kan cita2 tu ke 2thn...
ape pulak plan aku after 2yrs?
maybe...akan plan for preggy next baby pulak kot..hm, depends jugakla...

ni gambo cek mek kecik ni ngah 'ngetek'..huhu

utk adik2 sara nk teruskan ke bf nie? hm...well, tengokla keadaan masa tu..jika Allah murahkan rezeki/nikmat tu..alhamdulillah adik2 sara pn boley merasa air susu aku..
bunyi mcm frust je kan? hm..ntahla..dlm hati ni, adala jugak sedikit 'terasa' hati'..tapi xbyk pn..sikit je..biarla aku simpan dlm hati..ku bawak mati..huhu..
so, ni aku adiahkan kt aku sendiri 'award'..mandangkan xde sape nk kasik award kt aku kan..huhuhu..so ngan tak malunye, aku tepek je la award tu sendiri kt sini sebagai kenang-kenangan aku dan anak aku nanti...

nah,ambik gold medal utk 12months..haha..

Wednesday, August 5, 2009

Minggu Penyusuan SI Sedunia

3 comments



Setiap tahun, sepanjang tarikh 1-7 Ogos telah ditetapkan bagi sambutan bagi MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA.

so to all bf mommy/mommy to be/ mommy who willing to bf their baby(still not too late!), don't miss this chance...banyak aktiviti akan dijalankan bersempengan dengan sambutan ini..

tema bagi sambutan tahun ini lebih fokus kepada"Penyusuan Susu Ibu - Tindakbalas Penting Ketika Bencana, Adakah Anda Telah Bersedia?

Seperti yang kita sedia maklum, darurat/kecemasan boleh berlaku dimana2 sahaja. Kanak2 kecil dan bayi terutamanya mudah terdedah kepada kekurangan nutrisi, penyakit bejangkit dan kematian sekiranya bencana berlaku..contohnye gempa bumi, banjir dan mcm sekarang yang terjadi di negara kita yg sedang berdepan dengan jangkitan selsema babi H1N1 yang sudah ke tahap pandemik!!(harini, di radio sya dengar berita ada kes H1N1 yg telah meragut nyawa lagi!) so, dengan menyusu ibu inilah dapat dijadikan satu perisai/penyelamat kepada bayi2 tersebut daripada jangkitan penyakit2 tersebut.

untuk dapatkan info lebih lanjut, sila klik di sini

atau, untuk lebih jelas..u all boleh join aktiviti2 yg dijalankan oleh LC2 yg diiktiraf dan hospital di negara kita nih..


6 Ogos 2009 - Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat PPUM
- Peraduan Teka Silang Kata
- Pameran Penyusuan Susu Ibu
- Gerai-gerai jualan barangan menarik
- Lain-lain aktiviti yang menarik

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sempena Sambutan Hari Susu Ibu KL
Tarikh : 4 Ogos 2009
Hari : Khamis
Masa : 9 am- 3 pm


Pa & Ma / PPUM/ D'moms and Baby Link
9 Ogos 2009 - Seminar Penyusuan dalam kecemasan. Apakah tindakan anda???
Masa: 8.30pg - 5.30 ptg
Lokasi: Tingkat 2, KL Sentral
Yuran Penyertaan : RM150 (tidak termasuk pengangkutan & penginapan)
Hubungi : 03-89427944


HARI SUSU IBU
TARIKH: 9 OGOS 2009
TEMPAT: Dewan Bandaran MPKJ Kajang
MASA : 8.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI
HUBUNGI: 03-89254614

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Hospital Serdang 2009 
Tarikh: 19 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 1 petang
Tempat: Auditorium Hosp Serdang 
Sila hubungi Hospital Serdang dan berikan nama anda sebelum 10 Ogos 2009.

Monday, July 27, 2009

Breastfeeding photo contest (VOTE NOW!!!)

3 comments
salam semua... /hihi

minta jasa ibu2 bapak2..kawan2 semua tolong vote utk kami ye..klik sini utk vote BPC10 - Noorazlin aka mama-qaisara..

thanks bebanyak atas undian korang..sayang u all.. /bye

Friday, July 24, 2009

Ibu Menyusu tidak boleh menderma darah

7 comments
last week, sorg staff di office sya ni datang bertanya kt sya..'awak nak derma darah tak?'

saya tanya dia balik..'hospital dtg office ke? dulu sya tak layak sbb sya underweight..skrg maybe dh layak kot (berat sya dh naik pas besalin.huhu.before pregnant sya underweight -38kg jek!)

dia jwb, '@$#% anjurkan aktiviti..so dia nk kutip nama if ada yg nak derma darah.akak taruk je la nama awak eh..'

sya ok je..lagipn tak pernah derma darah..dr dulu sya mmg nak derma darah tapi sbb sya tak layak,mmg tak dpt peluang tuh..

tapi nak dijadikan kisahnye harini (aktiviti tu belangsung), sya tak dpt join. sebabnye prasyarat utk derma darah tu dgn sendriinye telah terbatal..'sya peot'...sedeynye sya tak dpt menderma darah..bekobar2 ni sbb 1st time kan..

bila sya ckp kt sorg kwn sya ni, dia plak keluarkan 'fact' IBU MENYUSU TIDAK BOLEH MENDERMA DARAH..aik sya pelik la..tak pernah lagi dengar fakta tuh....so sya google la psl tuh.and sya jumpe artikel di sini...boleh klik sini juga, dan sini.

tapi logically mmg lah..sbb susu yg diminum itu terjadinya dari 'darah kita'.. nanti dikhuatiri kita pitam pulak...dhla baby pn isap susu kita, pulak tu darah pulak diambil..so sya rasa betul la fakta tuh kan..

moga dgn sebaran ini, ibu2 lain dpt manfaat.tapi, jgn pula salah anggap pulak. sya tak larang u all dr berbuat kebaikan ye..ini utk makluman u all je..supaya tak terjadi perkara buruk pd diri kita nanti..

p/s : sape yg belum pernah derma darah mcm sya? angkat tangan..sila2 lah bwk menderma... =)

"give blood it is the gift of life"

Monday, July 20, 2009

Tips Membanyakkan Susu Ibu [Susu Badan]

4 comments
These tips/petua i get through an email that my friend send to me..hope can give some guidelines to all BF mommies..

[a] Berurut (dengan bidan).

[b] Banyakkan minum air/jus buah-buahan.

[c] Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.

[d] Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.

[e] Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.

[f] Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.

[g] Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3x sehari.

[h] Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari.

[i] Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.

Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu: 
Brokoli 
Lobak Merah 
Lobak Putih 
Seleri 
Kobis 
Sawi Putih 
Peria 
Ulam Pegaga 
Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]

Tips agar air susu ibu lancar: 

Makan kulup daun betik setiap hari.

Thursday, July 9, 2009

roselle bykkan susu ibu?

9 comments
di kampung, kt rumah kakak sya dia ada tanam pokok ni..masa tu sya bercuti rehat sbb operation cyst..time tu sya tny kt dia..pokok ape ni?seriously, sya tak penah tengok bunga roselle ni..and then, masa sya bersalin dan berpantang di kampung, pokok ni telah pn keluarkan bunga..masa tu baru tau oo ni ke rupenye bunga roselle??

and kakak sya ni rajin..dia dan anak sedara sya jadikan bunga roselle ni jem. dia kasik 1 bekas kt sya..sya kurang suka mkn jem atau apa2 jem yg manis2...so jem tu masih ada di fridge kt rumah sya sampai skrg..bukan tanak mkn tapi sya kurang gemar mkn roti..takkan nk ratah jem cmtu je kan..hehe

saya hanya tau kebaikan bunga ni pd org yg ada penyakit darah tinggi dansebagainye...but sya taktau khasiatnye pada ibu2 yg menyusu badan mcm sya ni..kalau sya tau khasiatnye dr dulu lagi sya amalkan makn bunga ni mentah2 cmtu je..nanti akak sya igt kambing pulak masuk rumah dia mkn bunga ni...hehehe..

then bila sya pegi rumah kakak sya (yg lagi sorg) di kl ni dia serve sya minum air ni.mulenye sya igtkan air anggur/rasberi..sbb rasanye seakan2 sama..bila dia tjk botol jus ni baru sya rasa tau..so sya carila jus ni and tejumpe secara tak sengaja di mydin usj.arga pati jus roselle (tak igt jenama apa) RM7.90. starting aritu sya mmg tak miss minum...and tau tak, mmg betulla..sya berjaya maintain milk production sya(takla jadi byk sgt..but still have extra utk my baby)..

utk semua bf2 baby, blehla cuba yek! tak rugi cuba..rasa nye pn sedap. nanti saya cek jenama apa pati jus roselle tu..tak ingat pulak sya.

selain tu jika nk tau kebaikan bunga roselle ni bolehla klik sini

Tuesday, June 30, 2009

BF Class (July 2009)

3 comments

Nak share dengan semua ibu2 (esp mommy to be) yg telah berazam utk breastfeed baby u all...Tak rugi u all p kelas ni..confirm semangat tu akan bekobar2..saya dulu tak attend pn kelas ni(sebab taktau ada kelas2 cmni..huhu..ruginyee!!!!)..saye sempat p kelas antenatal je(kt situ ilmu BF pn tak byk diterangkan...but still cukup memberi kesedaran pada husband sya esp..hehe..kalau tak de sokongan dr husband, sure sya dh lemah semangat!!)

cepat2la daftar ye..ajak hubby sekali. biar 'ada sikit kesedaran'...coz BF ni pd mata org yg tak pernah buat memang senang..tapi kalau kita tak prepare dr segi mentally esp..confirm, u all akan surrender!!! maka jadila azam tu seperti 'hangat2 'popo' ayam'...hehehe..

Kelas Persediaan Susu Ibu untuk Ibu Mengandung (July 2009) akan diadakan pada:

Tarikh : 5 July 2009

Hari : Ahad

Masa : 9 am hingga 1 tghari

Tempat : Sara Kids, TTDI Jaya

nak tau lebih lanjut, sila klik kat sini.

Monday, June 22, 2009

kenapa perlu sediakan stok frozen ebm?

9 comments

tujuan artikel ni ditulis, sebab sya nak menjawab beberapa pertanyaan rakan2 seangkatan yg masih baru dlm BF'ing arena ni..saya tak la searif mana..but i'm willing to share with u guys based on my experience sepanjang 10bulan sya bekecimpung dlm BF'ing ni..

ada rakan2 bertanya pd sya, kenapa beria sangat buat stok frozen EBM ni sedangkan kalau dilihat pada cara sya (seperti yang sya tulis dlm artikel sebelum ini), saya akan beri anak sya minum EBM yang diperah setiap hari?

ape kepentingan frozen EBM ni?

kan dh perah susu tiap2 ari, buat ape nk ada lagi stok frozen EBM?

yela...sebab kebiasaannya mostly BF mommy memang akan wt stok EBM..but not so many yg dpt sediakan stok frozen EBM sebagai BEKALAN KECEMASAN.

kenapa pulak sya kata stok frozen EBM ni adalah BEKALAN KECEMASAN?

bila waktu yang sesuai nak guna frozen EBM tu?

ok di sini,sya nk cerita secara ringkas.tanak meleret2 nanti ada yg pening kepala pulak..

Waktu pantang:

1. sya sediakan frozen EBM setiap hari. paling max yang dpt sya perah masa tu pn 9oz. masa naik keje, sya hanya mampu collect 25bekas (sya mula wt stok dh lambat,2weeks before get back to work). byk mana stok yg perlu disediakan?-ni pertanyaan kwn sya, jwpn sya senang je, ikut kudrat/kerajinan masing2. semua bergantung pd 'usaha gigih kita masing2'...lagi banyak, lagi bagus..coz we dont know what will happened in the future? my advise is 'sediakan payung sebelum hujan'. =)

1stday at work:

2. masa 1st day kerja, sya bekalkan 4bekas frozen EBM (4oz) kt nusery anak sya. 1st day kerja dpt perah 16oz fresh EBM.

3. Fresh EBM yang sya perah arini(item 2 di atas), sya gunakan utk esok. rutin ini beterusan setiap ari (bermula dr ari isnin sehingga khamis, manakala stok perahan ari jumaat dijadikan frozen EBM). cara ini sya masih praktikkan sehingga arini.

berpuasa:

4. sya tak dpt berpuasa selama sebulan atas sebab melahirkan qaisara. imagine that, i kene ganti puasa selama 30ari and its not easy. and seriously its tough since i memang fully breastfeed my daughter. i tak boleh puasa direct, i puasa 3ari dlm seminggu cmtula..but even  i pose pn, i still akan pam susu at least 1x. so let say, keperluan EBM yg sya dpt arini bekurang dr keperluan anak sya minum, so sya terpaksa CURI STOK FROZEN EBM yg sya sediakan dulu.

sya demam/kurang sihat/period:

5. sya tak tau keadaan org lain. but for me, waktu period memang menjejaskan production susu saya. nak kumpul 3oz pn seksa ada kalanya. so somestimes sya terpaksa CURI STOK FROZEN EBM.

stok frozen yang banyak and almost expired(belum lagi expiredla)

6. ni masa stok susu tengah meriah. let say, stok frozen EBM bulan April masih ada sedangkan masa tu dh masuk bulan JUN(frozen EBM tahan 3bulan bagi peti ais 2pintu), so sya akan gunakan semua stok April(cek dulu expired date bila,dont simply guna) bagi kegunaan anak sya sepanjang bulan JUN tu. pada masa ni, stok EBM yg sya perah tiap2 ari tu sya akan simpan jadikan frozen EBM(ganti balik bulan April tadi).

saya kursus/travel dlm jangka masa yg lama/baby dikampung dlm jagaan family.

7. so far never exprience lagi. but cukupla sya p conference 4ari kt kl mcm aritu pn dh huru hara jadinye...biasanya sya bekalkan 3-4botol je kt nusery, tapi sepanjang conference aritu sya balik lambat. so papa sara akan ambil 1botol dr frozen EBM utk kegunaan anak sya sementara menunggu sya balik. kalau kita perlu outstation luar daerah, tak bwk baby bersama, masa ni la stok ini diperlukan bagi menampung keperluan baby kita.

so far, ini saja antara beberapa situasi kecemasan yg dpt sya terangkan disini based on my experience..if ada yg nak komen/tambah sila tinggalkan komen anda di sini..boleh kita share sama2..

plg penting nasihat sya, jgn guna stok frozen ebm ni dgn alasan MALAS NK DIRECT BREASTFEED.

to lin/siti fatimah : harap dpt menjawab persoalan u all. if tak berapa jelas, boleh tanya sya dengan lebih lanjut. =)

Friday, May 22, 2009

Macamane Nak Banyakkan Stok EBM?

21 comments
saje saya letak tajuk mcmtu..
manatau kot2 ada yg google psl ni..kot2 terjumpa blog saya..okla tu kan? boleh dia dpt manfaat sedikit(tak dapat banyak, sikit pn jadila kan?) dr entry saya kali ni.
sering kali sya terbaca 'keluhan' stok ebm berkurangan...stok ebm dah habis..masalah ni mmg dihadapi terutamanya 'WORKING MOTHER'..
saya sendiri penah lalui saat2 ni..mmg susah hati..air mata ni jadi 'kawan baik masa tu'...
sedih giler..rasa down..hampir give up (sambil angkat tangan) nak benti BF.

tapi alhamdulillah, saya 'bangkit' dan cuba selami masalah saya dalam2..
mungkin saya tidak cukup berusaha? so, saya tanamkan 'semangat yang luar biasa' tu dalam diri ni..

arini saya terpanggil untuk 'menulis' tentang hal ini..saya nak share some tips yang sya lakukan sendiri..(saya tak copy dari mana2 entry org lain ye..ini based on pengalaman saya)
1. Saya kerapkan sesi pam..setiap 2jam sekali..hasil mmg sikit..1oz..sometimes tak sampai 1oz..tapi lama2 sya top-up dapatla 4oz gak akhirnya..

2. Sebelum pam susu, sya minum segelas air masak. lepas pam susu sya minum segelas air masak lagi.

3. Hasil pam dari hari ini saya akan jadikan bekalan anak saya di nusery pada keesokan harinya.

4. Hasil pam hari JUMAAT, saya akan simpan sebagai STOK EBM (INI LAH STOK YG AKAN KITA SELALU TAMBAH).

5. Untuk kegunaan hari ISNIN berikutnya, saya akan lakukan 4 sesi perahan pada hari minggu.

(Pagi sabtu, malam sabtu, Pagi Ahad, malam ahad) - mencukupi untuk kegunaan anak sya di nusery pada hari ISNIN. - so..saya tak perlu nk curi FROZEN EBM yg ada.

6. Saya akan angkut pam susu EVEN BALIK KAMPUNG sekalipun. saya akan lakukan rutin pemerahan sama seperti nombor 5. Susu yang diperah sya akan simpan dalam fridge, sya tak buat jadi frozen sbb dikhuatiri cair semasa perjalanan balik ke kl.

7. Weekdays, saya memerah sebanyak 5x. (1x - pagi selepas subuh, 3x di pejabat -9pagi,11pagi,3ptg,5ptg). stok yang diperah ini saya akan jadikan bekalan anak sya utk esoknya.
8. plg penting, JGN STRESS..skrg ni sya mengambil sikap 'WAT 'DERK' JE ESP DI SAAT2 ZMN MERUDUM TU DTG'...sbb sya sentiasa POSITIF THINKING 'SUSU SYA CKP UTK ANAK SAYA'...

disamping itu, ibu2 bolehla try makan dan minum makanan yg boleh banyakkan susu seperti yg sya nyatakan dlm entry ini..
stok ebm sya ketika dulu..tak sampai 10botol...
stok ebm saya kini yg mencecah hampir 40botol/bekas(tepi pintu freezer pn ada tapi lupe nk snap)..alhamdulillah..
Setakat ini, itu saje amalan ni yg saya amalkan setakat ni...mungkin BF mommy yg lain boleh lakukan perkara yg sama..atau u all ada best solution lagi..bolehla share dengan saya. saya pn nak gak tambah ilmu pasal ni.

sehingga betemu di lain entry.. =)

Monday, May 11, 2009

Langkah2 Memerah Susu

4 comments

Ready...

  1. Sebelum memulakan sesi perahan, cuci tangan dengan sabun (kebiasaannya, sya gunakan Dettol hand sanitizer bila di pejabat..kes malas nk ke pantry).
  2. Pastikan duduk dalam keadaan yg selesa, jika boleh di atas kerusi menghadap meja yang dpt menjadi 'pemegang' pam.
  3. Pastikan bekas simpanan susu/botol/plastik pembungkus susu dalam keadaan baik.
  4. Pastikan terdapat sedikit air, makanan ringan, telefon, remote control atau buku bersama anda.(Jika anda mengambil teh, pastikan ianya bukan teh 'peppermint' krn ia akan mengurangkan pengeluaran susu anda)

Set...

  1. Ambil masa sekejap dan tarik nafas sedalamnya.
  2. Pejamkan mata.
  3. Urut 'b' dengan lembut, picit sedikit puting.
  4. Bayangkan baby sedang menghisap 'b' atau bayangkan anda berada ditempat yang tenang/sukai. Atau boleh juga menatap gambar anak kesayangan di handphone. Langkah ini akan membuatkan anda relaks dan memudahkan aliran susu dimana akan merangsang otak untuk merembaskan hormon yg dikenali oxytocin. hormon ini akan merangsang kelenjar susu untuk menghasilkan susu..seterusnya susu akan mengalir kepada baby/breastpump.

Go!

  1. Pastikan corong tidak terlalu kecil dan halakan muncung tepat kepada puting.
  2. Mulakan perahan dengan kelajuan minimum terlebih dahulu utk mengelakkan puting terluka (jumlah susu yang akan keluar tidak akan meningkat dengan sedutan yang kuat).
  3. Tingkatkan kelajuan yang dikehendaki untuk mendapatkan lebih banyak susu.
  4. Pada peringkat permulaan, susu akan hanya meleleh tetapi setelah berlaku 'let down', susu akan mula memancut keluar daripada puting.



When to stop

  1. Teruskan pemerahan sehingga tiada lagi aliran susu yang keluar.
  2. Adakalanya, proses 'let down' akan berlaku sekali lagi untuk merangsang pengeluaran susu.

Bagaimana bayi belajar menghisap?

0 comments
Sabtu yang lepas, saya menonton rancangan 'In The Womb' di NGC channel..its my fav show.


ada satu fakta yang menarik untuk dikongsi disini..



Kajian menunjukkan bahawa, sejak dari dalam rahim lagi..bayi boleh 'tersedu'..bukan 'sendawa ye'...tapi 'tersedu'..kajian tidak dapat menentukan 'apa punca' bayi tersebut boleh tersedu..

tetapi, kebaikan yang diperolehi daripadanya adalah 'bayi yang tersedu ini dapat meningkatkan deria untuk mencari puting susu'..selain itu, jika dari dalam rahim dia sudah pandai menghisap jari, ini dapat membolehkan bayi tersebut 'pandai menghisap susu ibunya' sebaik sahaja lahir ke dunia..


menarik kan???

adakah benar bahawa sesetengah bayi yang lahir, tidak pandai menghisap? atau mungkin, ibunya sendiri tidak tahu 'cara yang betul' untuk membantu bayi mereka menghisap?
saya sendiri 'tidak tahu caranya' tetapi alhamdulillah nurse yang 'ada ilmu BF' mengajar saya cara memegang dan menyusukan bayi dengan betul..


nota: masa qaisara dalam perut saya dulu, saya kerap merasa denyutan yang sekata..boleh dikatakan setiap hari..firasat saya ketika itu meneka 'adakah bayi saya sedang tersedu' atau sucking her thumb?' adakah ia secara kebetulan? hm...hanya Allah yang mengetahui..

Thursday, April 9, 2009

ASI boleh ubatkan sakit mata??

0 comments
Baca entry yg mama tulis di sini dengan lebih lanjut...klik sini ye..

Tuesday, April 7, 2009

Kurang Susu Ketika Hampir Haid

1 comments

Bagi sesetengah wanita, kedatangan haid akan menyebabkan puting mereka lebih sensitif dan susu badan turut berkurang. Jika anda mengalami keadaan ini, cuba tambah suplemen kalsium/magnesium ke dalam pemakanan anda sebelum kedatangan haid sehingga haid hari ke 2-3. Kombinasi yang sesuai ialah 1500 kalsium/750 magnesium atau serendah 500 kalsium/250 magnesium (lebih tinggi dosnya lebih berkesan). Pil ini sepatutnya diambil secara kombinasi (kalsium dan magnesium) bukan bersendirian.

PERINGATAN : SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG UBAT/PIL UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KEMUDARATAN KEPADA DIRI DAN BABY ANDA.

Koleksi petua-petua utk BF Mommy

0 comments
Bunga Melur untuk Menambah Air Susu Ibu, Daunnya untuk MenghentikanBunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.com


Kacang Tanah Menambah Susu Ibu
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. - Sumber: henna96.wordpress.com

Nota: bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.


Makanan Tinggi CLA Memperkayakan Kandungan Susu Ibu
Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

Sumber: [1] Foods High In Conjugated Linoleic Acids Can Enrich Breast Milk, ScienceDaily 28/08/208, [2] Conjugated linoleic acid - Wikipedia, the free encyclopedia


Halba dan Jintan Hitam untuk Menambahkan Susu Badan
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba.

Lobak Putih Bagus untuk Ibu Menyusu
Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

Air Longan Menambahkan Susu Badan

Ramai ibu menyusu memberikan testimoni yang positif tentang kesan air longan kering dalam menambahkan susu badan. Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)


Pucuk Betik Untuk Tambah Susu Badan

Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari. - Fatan Hamamah, Potensi Tumbuh-tumbuhan Sebagai Ubat-ubatan dan gemini26576.tripod.com, gambar:rimbundahan.com


Menambah Susu Badan dengan Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak. - gemini26576.tripod.com


Cekur Manis Banyakkan Susu Ibu

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com


Jantung Pisang Menambahkan Susu Badan

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

Banyak Makan Sayur Jika Anda Menyusu

Kali pertama diperkenalkan buah pic, bayi yang menyusu badan makan buah pic lebih banyak daripada bayi yang tidak menyusu badan -- jika ibunya makan banyak buah pic semasa menyusu.
"Kita tahu rasa-rasa daripada makanan ibu akan dipindahkan kepada bayi melalui susu badan" - Julie A. Mennella, PhD, biopsychologist di Monell Chemical Senses Center in Philadelphia.
Jadi jika anda mahu bayi anda suka sayur, anda yang menyusu, banyakkan makan sayur.

Friday, April 3, 2009

Menyusukan anak ketika Hamil

2 comments
Seorang teman sedang menghadapi masalah untuk 'menceraikan' susu badan dr anak sulungnye kerana dia sedang hamil anak ke-2..

saya terjumpe artikel ini dari forum RatuHati. mungkin boleh menjadi panduan untuk dirinya..(sila betulkan jika terdapat kesalahan didalam artikel tersebut)

Sebenarnye tidak salah untuk meneruskan penyusuan badan kepada anak anda. namun, beberapa perkara perlu anda ambil kira...
  • Anda perlu kalori dan khasiat tambahan jika anda menyusu semasa hamil. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan.
  • Kebiasaannya ibu menjadi lebih penat. Dapatkan rehat secukupnya. Anda boleh melelapkan mata dengan berbaring ketika menyusukan anak anda.
  • Puting anda mungkin lebih sensitif semasa hamil. Pastikan lekapan bayi anda adalah betul. Bernafas dalam-dalam dapat mengurangkan sedikit kesakitan.
  • Anak anda tidak akan 'mencuri' kolostrum dan lain-lain khasiat daripada adiknya yang masih dalam perut jika dia menyusu, kerana badan anda tahu yang mana yang perlu didahulukan.
  • Susu badan anda mungkin akan berkurangan semasa usia kandungan 4 bulan dan rasanya juga mungkin berlainan. Semasa ini penghasilan kolostrum mungkin telah bermula. Anak anda mungkin akan berhenti sendiri menyusu badan semasa umur ini.
  • Jika anak anda yang sedang menyusu berusia kurang daripada setahun perhatikan pertambahan berat badannya. Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya. Anda mungkin perlu menambah susu formula selain daripada makanan pelengkap yang diambilnya.
  • Jika anda tidak berhajat untuk menyusukan anak anda selepas bayi dalam perut lahir ('tandem nursing'), maka anda perlu membuat perancangan untuk menyapihnya semasa hamil ini. Jika anda ingin menyapihnya selepas kelahiran bayi baru, mungkin dia akan merasa terganggu emosi. Cara yang biasa diamalkan, "jangan tawarkan, tetapi jangan menolak jika dia nak".

Penyusuan susu badan kebiasaannya tidak boleh diteruskan jika:


Panduan mudah lain ialah, jika semasa hamil doktor anda menasihatkan untuk anda tidak melakukan seks, maksudnya semasa ini juga anda tidak boleh menyusu badan.

Dalam Islam pula, tiada halangan untuk ibu hamil menyusukan anaknya:

Info ini saya dapat daripada Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, dalam Menyusui Anak Ketika Mengandung di blognya.

Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.).

Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama;) mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua;) seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung.

Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)

Walahu a’lam.

Rujukan :Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10.

Tuesday, March 31, 2009

Tips menyusukan bayi di tempat awam

9 comments
mama ditanya oleh seorang teman..dia sedia maklum yg mama ni fully BF. dia mcm hairan cmne mama bawak sara jalan2...

kalau keluar, awak kasi sara minum susu mcmane?kasik botol gak ke?(dia merujuk kepada stok EBM mama)
good question..
mama jawab, saya breastfeed dia..tak kasik botol..

then mama cite kt dia cmne mama breastfeed sara kt public..
sini mama boleh share some tips..

dulu mmg satu mslh besar esp waktu sara kecik2 lagik...mama sendiri kelam kabut sbb 'cetek ilmu' cmne nk handle situasi gini..

mungkin ada ibu2 di luar sana yg ambik jalan mudah, kasik je susu botol(FM la semestinye) bila keluar bersama baby..tapi mama tak wt cmtu..sbb mama rasa tu bkn halangan utk bfeed baby in public..

apa kita nk wt jika berdepan ngan situasi/org cenggini?


1. Sebelum keluar,mama akan pastikan sara cukup minum/makan..mama akan kasik dia makan dlu, minum puas2 dlm keta sepanjang perjalanan ke tempat dituju. ini dpt elakkan baby cepat lapar..so kita adala masa utk shopping/jalan2 tanpa gangguan.

2. Bawak bekalan makanan baby. kalau dia tak thn sgt lapar, bolehla kasik dia makan dlu sebagai lapik perut..biskut ke ape ke..so takdela dia terjerit2..hehe..ini kes kalau dia dh berumur 6bulan ke atas lah dan dah start solid food.

3. Pastikan tempat yg kita nk keluar tu, kita cukup familiar...kalau boleh pastikan ada nursing room..so that,senang nk terjah kalau tetiba baby ngamuk nak gak susu..in case kalau dh desperado sgt..tak jumpe nursing room, terjah je fitting room. mama penah masuk fitting room children department sebab dh terdesak sgt..

4. Guna selendang..ye mama dpt tips ni dr one of blogger mum. memang bergune utk cover semasa aktiviti bfeed dilakukan...mama penah wt kaedah ni kt giant.lantakla org nk kata apa.

5. Nursing cover....memang sgt berguna..weekend baru2 ni mama gune di bhgn perabot2..sebab sara dh ngamuk2 nk susu..yela dlm giant mana ada nursing room..so time ginilah bergunanya nursing cover nieh kan.

6. Pakailah nursing bra atau nursing blouse..senang sikit nk selak..takdela ketara sangat nampak B kita..tapi klu ternampak pn, kita bkn saja suka2 nk tyg..ye dak?

7. Disinilah kelebihannye bagi mereka yg bertudung esp tudung labuh..mereka boleh menyembunyikan aktiviti tersebut disebalik tudung itu..sape boleh sangka kan?hehe...

Friday, March 27, 2009

Penyusuan Susu Ibu Dari Pandangan Islam

4 comments
Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan pentingdan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya.

  1. Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
  2. Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun.
  3. Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas si sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu
  4. Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambik alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.
  5. Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.
  6. Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.

Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga memprtingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan aal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurngkan risiko barah buah dada dan ovari. .

info ini dipetik daripada laman web Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia

Thursday, March 26, 2009

My 'Pumping' session

4 comments

alhamdulillah, dengan menjaga 'disiplin'..patuh kepada 'jadual', rezeki susu utk qaisara bertambah meriah..skrg ni mama follow betul2 schedule ni...sebab mama nak maintain production susu..org kata kalau kita ponteng satu sesi je susu dh merajuk..tanak keluar..atau keluar sikit...

jadual weekdays(hari bekerja)

  • 6-6.30 pagi - biasa dptla dlm 1-2oz(jadilah kan..dari takde lgsg)...sebab sara dah minum sblm tu..kene gak pam kasi kosong B.
  • 9-10 pagi - dapat lagi dlm 3-4oz..kalau dpt sikit, mama akan top-up production ni kat hasil yg dapat kul 6-6.30pagi tadi.
  • 12-1tghri - dapat dalam 3-4oz lagi.
  • 2-3ptg - 3-4oz lagi..
  • 4-5ptg - 2-3oz.

rata2 hasil perahan mama banyak tu je..tapi syukur alhamdulillah..dalam sehari mama dapat collect dalam 12oz..mencukupi kadar yg sara minum buat masa ni...kadang2 tu tak abis pn...so hasil perahan utk esok tu akan jadi stok utk lusa...

hasil perahan ari jumaat pulak mama akan simpan utk stok frozen EBM. kenapa perlu ada frozen EBM? sebabnye sebagai bekalan emergency, incase kalau mama nk gi memana and tinggalkan sara kt rumah ngan papa ke...atau bekalan sara utk keesokan harinya tak mencukupi..ini psl kes mama tak sempat nk perahla....esp kalau ada meeting sehari suntuk..oh ye...

weekend pn mama perah even mama puasa..tapi mama hanya perah waktu pagi dengan selepas berbuka puasa saje...oklah tu...dapatla jugak dalam 6oz sehari...kalau 2ari perah,kan dah ada 12oz..stok perahan weekend mama prepare utk bekalan sara utk hari isnin..

untuk BF mommy yg lain cmne pulak ye jadual u all? jom share..boleh kita try...sharing is caring, right?

Tuesday, March 24, 2009

Carta Pencapaian Si Manja @ 12 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran



  1. meniru aktiviti orang lain

  2. menunjukkan apa yg diingini dengan gerak isyarat


Lambat Menguasai Kemahiran



  1. mengambil beberapa tapak

  2. menyebut satu perkataan selain daripada "mama" dan "dada"


Cepat Menguasai Kemahiran


  1. berjalan sendiri

  2. menconteng dengan krayon

  3. menyebut 2 perkataan selain daripada "mama" dan "dada"





Permainan yg sesuai

Carta Pencapaian Si Manja @ 11 Bulan

2 comments
Menguasai Kemahiran


  1. menyebut "mama" dan "dada" kpd ibu bapa yg betul

  2. bermain tepuk "amai-amai" dan cak-cak

  3. berdiri sendiri utk beberapa saat

Lambat Menguasai Kemahiran


  1. memahami maksud "jangan" dan arahan mudah

  2. memasukkan benda ke dalam bekas


Cepat Menguasai Kemahiran


  1. menyebut satu perkataan selain daripada "mama" dan "dada"
  2. membongkok daripada posisi berdiri


Permainan yg sesuai

Carta Pencapaian Si Manja @ 10 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran



  1. melambai-lambai tangan

  2. mengutip benda dengan menggenggam jari

  3. merangkak dgn baik, dgn mengangkat perut drp lantai




Lambat Menguasai Kemahiran

  1. menyebut "mama" dan "dada" kpd ibu bapa yg betul

  2. menunjuk apa yg diingini dengan gerak isyarat


Cepat Menguasai Kemahiran

  1. berdiri sendiri beberapa saat

  2. memasukkan benda ke dalam bekas


Permainan yg sesuai






Carta Pencapaian Si Manja @ 9 Bulan

0 comments

Menguasai Kemahiran



  1. berdiri dgn memegang pd sesuatu

  2. cakap tak jelas atau menggabung suku kata

  3. mula memahami sesuatu yg kekal


Lambat Menguasai Kemahiran

  1. memapah sambil memegang perabot

  2. minum daripada cawan kalis tumpah

  3. makan menggunakan jari

  4. mengetuk 2 benda



Cepat Menguasai Kemahiran



  1. bermain cak-cak

  2. menyebut "mama" dan "dada" kepada ibu bapa yg betul




Permainan yg sesuai

Carta Pencapaian Si Manja @ 8 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran


  1. menyebut "mama" dan "dada" kpd kedua-dua ibu bapa (tidak spesifik)

  2. menghulur benda daripada 1 tangan ke 1 tangan


Lambat Menguasai Kemahiran



  1. berdiri sambil memegang sesuatu

  2. merangkak

  3. menunjuk pd benda

  4. mencari benda yg tersorok


Cepat Menguasai Kemahiran

  1. mengangkat diri utk berdiri, memapah

  2. mengutip benda dengan menggenggam jari

  3. menunjukkan apa yg diingini dgn gerak isyarat


Permainan yg sesuai


Carta Pencapaian Si Manja @ 7 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran


  1. Duduk tanpa sokongan

  2. menarik benda ke arah dirinya

Lambat Menguasai Kemahiran


  1. menerapa ke hadapan dan mula merangkak

  2. cakap tak jelas atau menggabungkan suku kata

  3. mula memahami rasa takut dgn orang yang tidak dikenali

Cepat Menguasai Kemahiran


  1. melambai-lambai tangan

  2. berdiri dengan memegang pd sesuatu

  3. mengetuk 2 benda

  4. mula memahami sesuatu yg kekal

Permainan yang sesuai



Carta Pencapaian Si Manja @ 6 Bulan

3 comments
Menguasai Kemahiran


  1. Menoleh ke arah bunyi dan suara

  2. Meniru bunyi

  3. Berguling kedua-dua arah



Lambat Menguasai Kemahiran


  1. Bersedia utk makan makanan pejal

  2. Duduk tanpa sokongan

  3. Masuk benda dalam mulut

  4. Menghulur benda daripada 1 tangan ke 1 tangan



Cepat Menguasai Kemahiran


  1. Menerpa ke hadapan dan mula merangkak

  2. Cakap tak jelas atau menggabungkan suku kata

  3. Menarik benda ke arah dirinya

Carta Pencapaian Si Manja @ 5 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran


  1. Membeza-bezakan warna yang terang

  2. Bermain dengan tangan dan kaki


Lambat Menguasai Kemahiran

  1. Mengenali nama sendiri

  2. Menoleh ke arah bunyi baru

  3. Berguling kedua-dua arah



Cepat Menguasai Kemahiran

  1. Duduk seketika tanpa sokongan

  2. Masuk benda dalam mulut

  3. Mula rasa bimbang apabila ditinggalkan



Permainan yang sesuai

Hand Rattle

Carta Pencapaian Si Manja @ 4 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran


  1. Senyum, ketawa

  2. Boleh menahan berat badan dengan kaki

  3. Membuat bunyi kukur apabila kita bercakap dengannya



Lambat Menguasai Kemahiran


  1. Boleh memegang alat permainan

  2. Berguling, daripada meniarap ke menelentang



Cepat Menguasai Kemahiran


  1. Meniru bunyi "baba" , "dada"

  2. Baru tumbuh gigi pertama

  3. Mungkin bersedia untuk memakan makanan pejal



Permainan yang sesuai

Playgym

Carta Pencapaian Si Manja @ 3 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran


  1. Mengenali muka dan bau anda

  2. Menegakkan kepala dengan tegap

  3. Memandang mengikut objek yg bergerak






Lambat Menguasai Kemahiran


  1. Menjerit, membuat bunyi mengagah dan kukur

  2. Menyembur air liur

  3. Mengenali suara anda

  4. Melakukan tekan tubi mini



Cepat Menguasai Kemahiran


  1. Berguling, daripada meniarap ke menelentang

  2. Menoleh ke arah bunyi yang kuat

  3. Memegang tangan sendiri, tendang alat2 mainan

Permainan yang disyorkan


Playgym

Carta Pencapaian Si Manja @ 2 Bulan

0 comments

Menguasai Kemahiran



  1. Bersuara : membuat bunyi mengagah dan bunyi kukur

  2. Mengikut pergerakan objek dalam pandangan

  3. Menyedari tangannya

  4. Mengangkat kepala pada jangka masa singkat


Lambat menguasai kemahiran



  1. Senyum, ketawa

  2. Mengangkat kepala pada 45 darjah

  3. Membuat pergerakan kecil


Cepat menguasai kemahiran



  1. Menegakkan kepala dengan tegap

  2. Boleh menahan berat badan dgn kaki

  3. Mengangkat kepala dan bahu semasa meniarap (tekan tubi mini)


Permainan yg sesuai



  1. Playgym

Carta Pencapaian Si Manja @ 1 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran
  1. mengangkat kepala semasa meniarap
  2. berbalas kepada bunyi
  3. merenung ke muka

Lambat menguasai kemahiran
  1. mengikut objek sebentar dengan mata
  2. bersuara : membunyikan ooh dan aah
  3. boleh melihat corak hitam dan putih

Cepat menguasai kemahiran

  1. senyum, ketawa
  2. mengangkat kepala pada 45darjah

Permainan yang disyorkan




10 cara utk seimbangkan diet ketika menyusukan si manja

0 comments
  1. Nikmati pilihan makanan bernutrisi yang banyak setiap hari
  2. Makan beberapa roti dan bijirin sehari (banyak serat dan fiber)
  3. Termasuk makanan yang tinggi omega-3 asid lemak seperti roti, telur atau minyak Canola(mama amalkan makan roti sapu dengan buttercup yg ada Canola oil cam dlm gambar kt bwh nih..start amalan ni dr minggu ke-36 pregnancy..dgn harapan susu keluar bila besalin nanti..)

  4. Target 5 hidangan sayuran dan 2 hidangan buahan setiap hari
  5. Nikmati 4 hidangan makanan yang kaya kalsium setiap hari (seimbangkan dgn pengambilan susu atau susu soya berkalsium, keju atau yogurt)
  6. Makan hanya sedikit jumlah gula dan makanan yang mempunyai kandungan gula yang banyak
  7. Pilihlah makanan rendah garam dan gunakan garam sedikit dlm masakan seharian
  8. Makan makanan yg mempunyai zat besi setiap hari seperti daging dan bijirin sarapan
  9. Minum 2 liter air setiap hari
  10. Kekalkan badan yg sihat dengan mengimbangkan dengan aktiviti dan pengambilan makanan (20-30 minit aktiviti setiap hari)

Monday, March 23, 2009

Amalan Ketika Mengandung

1 comments
Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a'lam.

Sipster Spill Proof Cup

3 comments
last weekend i bought this for my little daughter..
main reason to buy coz utk kasi dia minum air masak masa dia makan..
satu lagi..saya sedikit 'malas' nak cuci botol..
i think this is 1 step utk train sara supaya minum dr cawan instead of using bottle.
memang memula dia a little bit ackward..tapi lama2 dia dh boleh terima..

dah lama saya cari training cup mcmni..yg tak laju alirannye...ada valve utk control..akhirnye saya jumpe jugak..sya beli dari sini..pegi sana memula nk survey breastpump..temankan roomate..jgn jeles,now i have pump-mate..hehe..dia pn belikan mug ni utk anaknye since anaknye reject puting botol..so after this bolehla anak dia minum guna mug ni..

qaisara demo on her training cup.

sedikit info tentang playtex sipster spill proof cup..(copy from mlo website..)

At six months, your baby still depends on breast milk for most of her nutrition. To begin the transition from breast or bottle to cup, start introducing water or juice mixed with water.
Ideal for babies who no longer need handles. These smaller cups are easier to hold and features a smaller, more tapered spout. These bottles are made of HDPE (no. 2) which is safe for your baby.

Playtex Spill-Proof Cups feature:
  • Dishwasher-safe cups and valves– the SipEase® valve fits perfectly in a hole in the lid – it won’t get lost
  • High-quality cups that are break-proof and spill-proof
  • Interchangeable lids, so if a lid is misplaced, just grab another one
  • Fun colors and designs to entertain baby and you

Saturday, March 21, 2009

Pil asi & Fenugreek

9 comments
PERINGATAN : SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG UBAT/PIL UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KEMUDARATAN KEPADA DIRI DAN BABY ANDA.
Satu lagi milk booster yg mama baru nk cube..fenugreek atau halba..
hrp dpt memberi kesan yg memberangsangkan utk production susu mama....
Fenugreek pills
actually pil ni dijual dlm 100biji..tapi mama beli 30 beli je dr kedai sayangibu dats y dia pack mcm ni...arga murah je..18.90.thanks dhia..sudi antakan sampai ke rumah..hehe..
ni plak pil asi..arganya 16rgt je utk 300biji...mama dpt tau pil ni seakan jamu..jgn risau..tak memberi kesan kpd baby...mama pn baru petama kali nk cube..so kita tgkla kesannye nanti...ok.

Pil asi

Friday, March 20, 2009

Kisah Susu Ibu

0 comments
Good to share....interesting story..do read this!

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le... . Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.

Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah... bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut.

Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut !

Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

Persediaan awal Penyusuan ASI

0 comments
Sebelum kelahiran
  • Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami
    Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
  • Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.

Semasa melahirkan
  • Sentuhan kulit
    Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
  • Permulaan awal
    Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
  • Menyusu mengikut kehendak.
    Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
  • Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
    Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
  • Tiada puting tiruan.
    Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

Kebaikan ASI ~ air..susu..ibu..

0 comments
Untuk bayi :
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
    Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
    Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.


Untuk ibu:

  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya


Lain - lain kebaikan :

  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Susu ibu menguntungkan wanita

0 comments
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

Khasiat dan kebaikan susu ibu

0 comments
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

bubur nasi ikan tenggiri

0 comments
semalam mama masakkan menu baru utk qaisara..

bubur nasi ikan tenggiri..

bahan2:
2genggam beras dibasuh bersih
2-3 kelopak brokoli..ni saje je mama tambah
setengah batang carrot.
ikan tenggiri 1/4

cara2 masak :
1.masak nasi sampai kembang.
2.masukkan ikan, carrot ngan brokoli..
3.dah empuk siap utk diblend..

ni rupe bubur yg tengah dimasak..
nampak sedap kan?mama pn teliur sebenornye..mama mmg suke makan bubur nasi.hehe

lately qaisara kuat makan..mama masak penuh termos tu mmg dia dpt abiskan..huhu..beselara kan dia????hehe..

BREASTMILK BOOSTER

2 comments
Utk tempoh 6 bulan breastfeeding journey mama, byk onak dan duri ranjau mama tempuhi utk capai target mama nieh...skema nye ayat..hehe...tapi betul..tak tipu..mama lalui waktu suram di mana stok susu mama menjunam..(tapi tak dela sampai clear je freezer) mama mule rasa risau bile tgk freezer tu byk tempat kosong..mcm skrg ni pn susu yg mama pam arini mmg ngam2 je utk esoknye..so mama mmg kene pulun pam klu nk wt stok EBM..camne mama survive bagi tempoh 6 bulan nih? macam2 petua yg mama try..tap tak semuanye mama follow...mana yg ringkas dan tak remeh tu mama buatlah...sbb mama ni malas sikit orgnye..hehehe...antara kaedah/petua yg mama buat..

1. Air longan kering...

papa yg ajar mama..mama akan rebus longan kering tu dlm kuantiti air yg byk sampai longan tu kembang setaman..then air tu masuk dlm jug besar taruk dlm fridge..utk air gulanya mama rebus gula melaka ngan sedikit gula..air gula ni biar bancuh pekat..jgn lama nanti hangit pahit pulak..kejap je msk air gula..bila nk minum, campurkan air longan tadi ngan air gula melaka..sedapp!!!


2. Air tanak nasi 

mak mertua (nenek sara yg ajar)Bila masak nasi, mama akan lebihkan air (kene expert sikitla budget membudget ni..kang terlebih air lembik lak nasi..terkurang air mentah plak nasi)..bila nasi mendidih, cedok air tanak nasi tu dlm semangkuk minum masa panas2 sbb klu dh sejuk nanti dah tak sedap sbb nanti air tu akan jadi pekat...klu tak lalu nk minum, tmbh gram sikit so ada rasa lemak2 sikit..sedap tau..makcik papa amalkan kaedah ni sampai dia ley survive susukan anaknye selama 2thn..dah terbukti keberkesanannye..tapi mama je malas nk amalkan sbb selalu lupe nk cedok airnye pastu tgk2 nasi dh kering..hehehe


. Milkmaid tea

Masa nk try dlu risau gak takut 'rasa nye yg pelik' tak ley diterima oleh tekak mama..but 2nd sip dh ok je..bau mmg busuk sbb bau herba..nk muntah gak, tap rasa nye tak mcmtu..rasa air cm greentea..mama tak selera minum plain..biasa taruk gula sikit je..mama wt dlm 1 teko panas tuh, then simpan wt stok...hehehe..

4. Jantung pisang

Mama makan cmtu je wat ulaman (kt cafe nusery qaisara kerap gak ada)..tap mama lagi suke makan jantung pisang dimasak lemak putih/lemak cili api...cicah sambal belacan..pergh sedap beb...pastu try la pam susu sejam pas makan, mencurah2 tau...

5. Pegaga

Masa dlm pantang, ada akak ni rajin tlg masakkan lada hitam pegaga ikan tenggiri..pergh sedap.. pedas lak tuh..resipi org melaka kot..sbb akak ni org melaka...biasa mama makan wt ulam je..tap tak makan selalu sbb susah nk jumpe..nk suruh papa beli kt pasar, papa sara ni tak kenal sgt ulam-ulaman nieh..nk sedap makan,tryla wt kerabu pegaga..sedap ko..pastu, confirm bengkak breast sbb susu byk..ape lagi,pamla wt stok ye... :)


6. Horlicks

Skrg ni everyday,mama tak lupe akan bancuh segelas horlicks panas kt kafe nusery qaisara..hahaha...belila sebenarnye...nak bancuh asyik lupe jek..jln cepat,beli je..asalkan ongkosnye ada...mama tak pnh try oat..tap quacker oat lagi bagus sebenarnye cume mama la tak lalu nk makan..


7. Susu soya milelia

Masa pregnant dlu mama minum bila da masuk 37 weeks..pastu maintain minum..tap sbb mama ni tak disiplin,jarang2 je mama minum..tak rajin sgt..skrg ni mama suke makan taufu fah...yg ni pn bagus sebenarnye utk tmbh susu..tak caya? tryla dlu....

8. Spirulina

Baru je start makan dis month..terbaca dr blog akak fidsweetstory..manatau ada kesan...try dlu baru tau cmna kan...


9. Ikan tenggiri, ikan senangin, Ikan bilis(info dr buku panduan menyusu ibu)

Nasib baik mama ni penggemar ikan..so takdela alergik nk try makan jenis2 ikan nieh..Dapat info ni masa dlm pantang..kt item 6 tu kn dh cite psl masak pegaga ngan ikan tenggiri..alhamdulillah mama tak gatal2 mkn ikan tu even time dlm pantang sekalipn.


da abis..ini je lah yg mama amalkan..9 petua ni jek(tap tak semua dilakukan serentak,tgk kerajinan mama gak..hehe)..so far,mama try takde alahan pd baby..xde plak sara kembung ke ape2 ke..so pd mommy2 yg nk try,dialu2kanlah yee...kene cuba semua baru tau yg mana ok dan kena pada diri kita..yg ptg, jgn give up!!good luck!!!

PERSEDIAAN PENYUSUAN

0 comments
*Good info for mommy to be*

Penyusuan ibu memerlukan persediaan sejak dari awal lagi khususnya sejak ibu mula mengandung. Puting susu bolehlah dibersihkah dengan air panas atau sabun. Buah dada juga elok diurut menghala ke arah puting. Segala kekotoran pada puting buah dada perlu dibersihkan kerana ini boleh menyebabkan aliran susu tersumbat. (Memang mama kerap lakukan setiap kali mandi atas nasihat nenek qaisara). Kejayaan penyusuan juga banyak bergantung kepada taraf kesihatan dan pemakanan ibu yang mengandung. Jika ibu mengalami sebarang masalah kesihatan dan masalah kekurangan zat pemakanan, keadaan ini boleh menjejaskan atau mengganggu proses penyusuan. Penting bagi ibu mendapatkan sumbet zat protein yang mencukupi, vitamin serta zat logam khususnya zat besi kerana zat pemakanan ini akan masuk ke dalam air susu bagi memenuhi keperluan bayi.Sebaik sahaja bayi dilahirkan, letakkan pada puting susu ibu kerana proses penghisapan akan mempercepatkan dan mempermudahkan pengeluaran air susu.(Klu bersalin kt hospital gov-HPJ,memang ini yg dorg akan lakukan compare bersalin private kebiasaannye ibu akan ditolak ke wad and baby akan dibawa kepada ibu selepas itu/ibu terpaksa pergi nursery utk tgk baby) Biasanya pada hari pertama atau hari kedua selepas kelahiran, air susu belum banyak keluar, malah kadang-kadang tidak ada langsung. Saya ingin menegaskan penghisapan puting perlu dilakukan berulang-ulang kali untuk mempercepatkan proses pembentukan air susu. (tu sbb mama kate, jgn mudah give up.kasik je baby isap..kenela tahan sikit klu puting luka ke ape..sian lagi kt baby klu dia lapar..Fikirkan kesiankan anak dulu ye ibu2 sekalian,lupekan kesakitan anda..sakit bersalin melebihi dr sakit puting luka..betul tak?? :))Pada waktu ini sesetengah wanita mengeluarkan air jernih bukan susu yang digelar colostrums. Ini juga mengandungi khasiat pemakanan yg baik untuk bayi. Pada hari pertama dan berikutnya jika susu ibu tidak mencukupi, bayi boleh diberikan susu botol.Biasanya susu keluar pada hari kedua atau ketiga, namun demikian ada sesetengah ibu susunya keluar lebih lambat seperti tiga hingga lima hari kemudian. Kelambatan ini tidak perlu dibimbangkan kerana susu pasti akan keluar juga akhirnya.Bagi ibu yang melahirkan anak sulung, proses penyusuan adalah satu pengalaman baru. Ibu mungkin terasa kekok pada mulanya. Sedutan atau hisapan bayi yang terlalu kuat mungkin menimbulkan rasa sakit. Jika percubaan pertama atau berikutnya masih gagal untuk memberi hisapan yang sepuasnya kepada bayi, kita tidak perlu putus asa dan terus memberhentikan usaha untuk menyusukan bayi. Seperti yang saya nyatakan tadi, jika kita berulang-ulang kali meletakkan bayi pada puting buah dada, dia akan cuba menghisap. Kadangkala bayi berasa hampa dan menangis kerana tidak ada susu yang keluar pada hari pertama dan kedua.Info diperolehi daripada HamidArshat(Pakar Sakit Puan)
Blog Widget by LinkWithin
 

m.y ~ b.r.e.a.s.t.f.e.e.d.i.n.g ~ j.o.u.r.n.a.l Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template