Monday, May 11, 2009

Langkah2 Memerah Susu


Ready...

  1. Sebelum memulakan sesi perahan, cuci tangan dengan sabun (kebiasaannya, sya gunakan Dettol hand sanitizer bila di pejabat..kes malas nk ke pantry).
  2. Pastikan duduk dalam keadaan yg selesa, jika boleh di atas kerusi menghadap meja yang dpt menjadi 'pemegang' pam.
  3. Pastikan bekas simpanan susu/botol/plastik pembungkus susu dalam keadaan baik.
  4. Pastikan terdapat sedikit air, makanan ringan, telefon, remote control atau buku bersama anda.(Jika anda mengambil teh, pastikan ianya bukan teh 'peppermint' krn ia akan mengurangkan pengeluaran susu anda)

Set...

  1. Ambil masa sekejap dan tarik nafas sedalamnya.
  2. Pejamkan mata.
  3. Urut 'b' dengan lembut, picit sedikit puting.
  4. Bayangkan baby sedang menghisap 'b' atau bayangkan anda berada ditempat yang tenang/sukai. Atau boleh juga menatap gambar anak kesayangan di handphone. Langkah ini akan membuatkan anda relaks dan memudahkan aliran susu dimana akan merangsang otak untuk merembaskan hormon yg dikenali oxytocin. hormon ini akan merangsang kelenjar susu untuk menghasilkan susu..seterusnya susu akan mengalir kepada baby/breastpump.

Go!

  1. Pastikan corong tidak terlalu kecil dan halakan muncung tepat kepada puting.
  2. Mulakan perahan dengan kelajuan minimum terlebih dahulu utk mengelakkan puting terluka (jumlah susu yang akan keluar tidak akan meningkat dengan sedutan yang kuat).
  3. Tingkatkan kelajuan yang dikehendaki untuk mendapatkan lebih banyak susu.
  4. Pada peringkat permulaan, susu akan hanya meleleh tetapi setelah berlaku 'let down', susu akan mula memancut keluar daripada puting.



When to stop

  1. Teruskan pemerahan sehingga tiada lagi aliran susu yang keluar.
  2. Adakalanya, proses 'let down' akan berlaku sekali lagi untuk merangsang pengeluaran susu.

4 comments:

aleasofea on May 12, 2009 at 9:53 PM said...

terima ksh stg kongsi ilmu sebegini..buat linda yg tak tau apa2 mmg amt berharap ada entry yg bagus mcm ni..thnx tau mama qaisara..

E`n1x on May 13, 2009 at 2:39 PM said...

one precaution to take is that if you're pumping in the office, make sure there are no grumpy grouchy sour-faced looking makcik cleaners about... they can spoil your letdowns... ahahhahahah

mama-qaisara on May 13, 2009 at 2:58 PM said...

aleasofea - your welcome.sharing is caring =)
E`n1x - cam tau2 je makcik cleaner suke terjah bilik sya..haha..betul tu.boleh kaco konsentrasi tuh.hehe

Marsha~ on May 18, 2009 at 12:41 PM said...

anda kena tag.. huahuahuahua

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

m.y ~ b.r.e.a.s.t.f.e.e.d.i.n.g ~ j.o.u.r.n.a.l Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template