Friday, May 22, 2009

Macamane Nak Banyakkan Stok EBM?


saje saya letak tajuk mcmtu..
manatau kot2 ada yg google psl ni..kot2 terjumpa blog saya..okla tu kan? boleh dia dpt manfaat sedikit(tak dapat banyak, sikit pn jadila kan?) dr entry saya kali ni.
sering kali sya terbaca 'keluhan' stok ebm berkurangan...stok ebm dah habis..masalah ni mmg dihadapi terutamanya 'WORKING MOTHER'..
saya sendiri penah lalui saat2 ni..mmg susah hati..air mata ni jadi 'kawan baik masa tu'...
sedih giler..rasa down..hampir give up (sambil angkat tangan) nak benti BF.

tapi alhamdulillah, saya 'bangkit' dan cuba selami masalah saya dalam2..
mungkin saya tidak cukup berusaha? so, saya tanamkan 'semangat yang luar biasa' tu dalam diri ni..

arini saya terpanggil untuk 'menulis' tentang hal ini..saya nak share some tips yang sya lakukan sendiri..(saya tak copy dari mana2 entry org lain ye..ini based on pengalaman saya)
1. Saya kerapkan sesi pam..setiap 2jam sekali..hasil mmg sikit..1oz..sometimes tak sampai 1oz..tapi lama2 sya top-up dapatla 4oz gak akhirnya..

2. Sebelum pam susu, sya minum segelas air masak. lepas pam susu sya minum segelas air masak lagi.

3. Hasil pam dari hari ini saya akan jadikan bekalan anak saya di nusery pada keesokan harinya.

4. Hasil pam hari JUMAAT, saya akan simpan sebagai STOK EBM (INI LAH STOK YG AKAN KITA SELALU TAMBAH).

5. Untuk kegunaan hari ISNIN berikutnya, saya akan lakukan 4 sesi perahan pada hari minggu.

(Pagi sabtu, malam sabtu, Pagi Ahad, malam ahad) - mencukupi untuk kegunaan anak sya di nusery pada hari ISNIN. - so..saya tak perlu nk curi FROZEN EBM yg ada.

6. Saya akan angkut pam susu EVEN BALIK KAMPUNG sekalipun. saya akan lakukan rutin pemerahan sama seperti nombor 5. Susu yang diperah sya akan simpan dalam fridge, sya tak buat jadi frozen sbb dikhuatiri cair semasa perjalanan balik ke kl.

7. Weekdays, saya memerah sebanyak 5x. (1x - pagi selepas subuh, 3x di pejabat -9pagi,11pagi,3ptg,5ptg). stok yang diperah ini saya akan jadikan bekalan anak sya utk esoknya.
8. plg penting, JGN STRESS..skrg ni sya mengambil sikap 'WAT 'DERK' JE ESP DI SAAT2 ZMN MERUDUM TU DTG'...sbb sya sentiasa POSITIF THINKING 'SUSU SYA CKP UTK ANAK SAYA'...

disamping itu, ibu2 bolehla try makan dan minum makanan yg boleh banyakkan susu seperti yg sya nyatakan dlm entry ini..
stok ebm sya ketika dulu..tak sampai 10botol...
stok ebm saya kini yg mencecah hampir 40botol/bekas(tepi pintu freezer pn ada tapi lupe nk snap)..alhamdulillah..
Setakat ini, itu saje amalan ni yg saya amalkan setakat ni...mungkin BF mommy yg lain boleh lakukan perkara yg sama..atau u all ada best solution lagi..bolehla share dengan saya. saya pn nak gak tambah ilmu pasal ni.

sehingga betemu di lain entry.. =)

21 comments:

Farah on May 22, 2009 at 5:03 PM said...

btul tu jgn stress2..think positif..sentiasa ingat yg susu kite cukup utk anak...

Lady Qay on May 24, 2009 at 10:23 AM said...

tq mama qaisara...I will try to try it...

lia on May 25, 2009 at 8:45 AM said...

lia ni mmg xpernah gagal pump 6x sahari dari amsyar umur 3bulan tp Allah nk uji lia he3... jd lia skng masih pump 6x (weekend paling kurang 4x), doa dan tawakal jer...

fyi, lia sehari dpt 8oz shj he3... Alhmdlh mmg cukup utk amsyar jadi mommies out there yg sekapal dgn lia, jgn putus asa k... ingt yg Allah Maha Pengasih... kita rasa sikit ebm yg dpt tp itu la rezeki utk anak kita...

irvanqiesy on May 26, 2009 at 3:07 PM said...

wah..byknye stok...ni naikkan smngat sy tuk lbih pumping ni...hehehe...

dailyclickclicks on May 28, 2009 at 2:32 PM said...

mama qaisara, i really love ur blog VERY INFORMATIVE indeed. do you mind if i link urs to mine?

sukelaaa all ur entry :)

mama-qaisara on May 28, 2009 at 3:35 PM said...

farah - betul3x...always be positive!!

lady qay - do try your best..

lia - semua ni dugaan pada ibu2 yg gigih hendak menyusukan anak mereka..kita jgn risau..rezeki utk anak kita ADA.

irvanqiesy - chaiyok2x...i kasik semangat kt u.hehe

mama ayra - hai..thanks reading my blog..harap2 kita dpt sama2 manfaatkan ilmu tentang BF ni.

Mr N Mrs |mran on May 29, 2009 at 2:04 PM said...

hi there, first time kt sini.

neway nk tanya..ada tips tak mcm mana nk store susu utk working mom yg anaknye di jaga oleh ibu di kampung?

mcm saya, insyallah nnt mak saya akan tolong jaga da baby dulu di N9. Saya pulak kerja di shah alam. boleh balik kampung weekend sahaja. mana mana yer nk store susu yg i pump masa kt office then nk bawak balik kampung semua tanpa rosakkan ebm tu?

thanks :)

My_Aqeelah on June 8, 2009 at 4:34 PM said...

salam mama qaisara;
nak tanya. kalo ari ahad tu apa jadual pump awak yer. Sy ni nk panduan jugak lah. maklumla kalo ari minggu tu payah tul nak set time mengepam. thanx!

mama-qaisara on June 9, 2009 at 8:50 AM said...

hi mrs imran,
thanks sudi singgah.sya suggest if nk travel susu yg byk ke kg tu awak beli beg khas pastu beli bbrapa techni ice..boleh cek kt kedai momslittleone.hrp cadangan ni membantu. =)

my_aqeelah,
wsalam..utk ahad somestime sya perah somestime tidak.depends on jadual sya time tuh.normally sya pam pagi,after subuh and mlm after maghrib. =)

Siti Fatimah on June 22, 2009 at 9:51 AM said...

nk tanya..stok EBM ni utk apa ek? Sbb kn utk gi kerja kite dh pump siap2 utk esok... lepas tu jumaat or sabtu or ahad pump utk isnin... so EBM yg ada tu utk apa yek?

Plis educate sy yg tak byk ilmu ni..thanks...

mama-qaisara on June 22, 2009 at 1:33 PM said...

hai siti fatimah,
thanks for asking.
actually stok ebm ni diperlukan utk situasi 'emergency'...contoh,if ibu sakit/xsihat.anak sakit kene warded kt hospital ke..or kita perlu tinggalkan anak dlm waktu yg lama contoh berkursus ke..or waktu kita berpuasa ke,production low masa tu.so utk situasi cmnila kita akan guna stok ebm yg kita spare tuh.
hope dapat membantu awak la ye. =)

natiqua on June 22, 2009 at 3:39 PM said...

dlm entry ada tulis tak nak frozen kan susu sbb takut cair dlm perjalanan balik. kalau cair kenapa yer? saya kurang arif pasal simpan menyimpan ni, saya cuma perah utk guna pada hari esok shj.

mama-qaisara on June 22, 2009 at 3:58 PM said...

hi natiqua,
thanks for asking..
based on pemahaman sya, human milk ni sensitif.kalau kita biarkan susu tu cair sendiri dlm petais,still ok lagi.but if cair diluar/while traveling dengan suasana suhu pesekitaran yang tak sama cm suhu petiais,boleh mendedahkan kepada pembentukan bakteria.susu yg dh cair sebaiknya digunakan within 24hours.sebab tu tak boleh direfreeze semula krn khasiat dh takde dan dikhuatiri terdedah kpd pembentukan bakteria semasa proses pencairan tu.(boleh paham tak ayat sya ni?)if ada yang salah dlm fakta ni,harap ada yg sudi betulkan. =)

zuraini on July 1, 2009 at 9:27 AM said...

hi

zuraini on July 7, 2009 at 3:56 PM said...

Salam mama-Qaisara,
Sy ada beberapa kemusykilan. Dharap p`soalan ini dpt t`jawab. Terima kasih
1-Susu yg dah dkeluarkan dr freezer (beku) blh btahan brapa lama dlm chiller (peti sejuk bhg. bawah).
2-Betul ka susu yg ada dlm chiller (tdk dbeku) blh btahan dlm 3 hari.
3-Susu yg berada ddlm chiller (x dbeku) selama 1 hari, bolehkah kita bubuh ddlm freezer?.
4-Sy perah susu kekadang x dpt penuh. blh tak susu yg dperah pd waktu pg sy campur dgn susu yg dperah pd waktu tengahari.
5-My baby baru nk msk 10 bln. Setiap kali minum 4 1/2 oz (1 botol). Dlm 1 hari dia minum cuma 18oz saja. Cukup ka? (dia ada juga mkn. nasi tp x bnyk sangat.

mama-qaisara on July 9, 2009 at 9:21 AM said...

salam zuraini,
sya cuba jwb pertanyaan awak nih..but utk lebih kepastian, sila rujuk LC la ye.. =)
1. susu dr freezer yg diletak di fridge bwh tu thn 24jam je..so perlu guna dlm tempoh tersebut.
2. ada LC memaklumkan boleh tahan dlm tempoh 5hari.but for me,after 4days sya terus letak dlm freezer.
3. susu tersebut boleh terus dimasukkan dlm freezer. sya punye style,after 1day if susu tu tak diguna, mmg terus ltak dlm freezer.
4. susu tersebut boleh dicampur asalkan susu tersebut sama suhunya.caranya mcmni, letakkan bekas petama tu dlm fridge,bila settle sesi ke2, letak bekas kedua tempat yg sama dgn bekas petama tadi. agak2 dlm 2-3jam pastu, campurkan ke-2 bekas tadi jadi 1. ikut kuantiti brp byk baby awak minumlah.
5. pd sya dh mencukupi if baby tak meragam..okla tu byk jugak dia minum. my baby minum 9oz plg max di taska. sikitkan? tapi anak sya kuat mkn.jgn risau k..
harap awak berpuas ati ngan jwpn yg sya beri ni ye.. =)

nieda on July 9, 2009 at 9:41 AM said...

salam,
Saya nak minta pendapat sikit. Alhamdulillah saya berjaya BF my baby sampai sekarang. Next week saya dah start bekerja selepas cuti berpantang. Masalah sekarang baby saya takmo minum susu breastmilk dlm botol. Kdg2 tu sanggup tidur balik bagi susu dlm botol. Ada hantar ke taska pun prob yang sama. Kalau betul2 lapar dia minum tapi mcm sikit jer. Saya pernah cuba bagi guna cawan atau picagari still taknak. Org lain bagi pun taknak. Mcmane yer, bila dia menangis nakkan direct BF buatkan saya susah hati..

zuraini on July 9, 2009 at 5:39 PM said...

Terima kasih di atas penerangan itu.
Camna kita nk tahu susu yg dah rosak. Adakah susu itu bertukar warna atau bau. Kekadang cara kita simpan susu kalau x betul pun boleh rosak.

sayurkelabu on September 5, 2011 at 12:18 PM said...

thanks mama qaisara. jumpa blog ni masa stok ebm tinggal 10 botol saje. Alhamdulillah. nk try macam u buat. nk bykkn stok ebm! thanks again. lunch ni plak nk kuar nk cri red dates longan tea yang u suggest. hee.

Mama Syabil dan Rania on September 10, 2011 at 8:23 AM said...

terima kasih untuk info yang dishare... :)
Sangat membuka mata utk jadual ngepam tu...

NAILAH on July 9, 2012 at 8:52 PM said...

Salam mama-qaisara,
saya baru sebulan bersalin. saya mula kumpul semangat nak BF anak saya sejak mula dpt tahu mengandung. skrg ni saya dah mula mengepam tp susu yg dipam tak dpt byk, cuma 1-2 oz satu sesi.
Adakah jumlah ini normal bg ibu baru slps melahirkan?

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

m.y ~ b.r.e.a.s.t.f.e.e.d.i.n.g ~ j.o.u.r.n.a.l Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template