Monday, July 20, 2009

Tips Membanyakkan Susu Ibu [Susu Badan]


These tips/petua i get through an email that my friend send to me..hope can give some guidelines to all BF mommies..

[a] Berurut (dengan bidan).

[b] Banyakkan minum air/jus buah-buahan.

[c] Banyakkan minum susu. Sebaiknya mengambil hidangan susu 3 hingga 4 hidangan sehari.

[d] Pengambilan lebih makanan berprotein penting untuk penghasilan susu ibu.

[e] Makan nasi panas bersama halia muda (yang ditumbuk halus) dan dicampurkan dengan air asam.

[f] Minum air asam jawa yang direbus dengan gula merah bersama dengan 3 keping asam keping.

[g] Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan itu 2 hingga 3x sehari.

[h] Ambil sebatang lobak putih. Cuci bersih dan kisar sehingga halus. Campurkan dengan segelas air suam. Minum 2x sehari.

[i] Sapu sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan/salai pada api sehingga layu. Ketepikan sebentar. Setelah agak suam, tekapkan daun sirih tersebut pada payudara. Amalkan setiap hari.

Sayur-sayuran yang dapat membanyakkan air susu ibu: 
Brokoli 
Lobak Merah 
Lobak Putih 
Seleri 
Kobis 
Sawi Putih 
Peria 
Ulam Pegaga 
Ulam Jantung Pisang [yang telah direbus]

Tips agar air susu ibu lancar: 

Makan kulup daun betik setiap hari.

4 comments:

hadina on July 20, 2009 at 2:48 PM said...

tips yg amat berguna..maklumlah skrg ni ina dah kekurangan susu nak bg kat farhah..cian tgk dia tak puas nak menyusu..satu hari tu,terpaksa bg susu formula..tapi farhah xnak minum..laaaaast sekali dia minum jgk sikit.maybe lapar kot..mekasih mama qaisara.. :)

AshAnas on July 20, 2009 at 4:25 PM said...

best la mama-qaisara ni, slalu bagi tips yg best2... oh ya, shira mkn kentang, pun bykkan susu jugak... mommies yg lain blh la cube... slalu pagi2 kukus kentang bw gi ofis... alhamdulillah... thanks mama-qaisara

NaDiaH SiDeK on July 21, 2009 at 1:17 AM said...

saya ada dgr kobis mengurangkn susu...dah dgr cmtu tak berani la pulak mkn kobis. yg mana satu yg betul ye?

mama-qaisara on July 21, 2009 at 11:44 AM said...

hadina,
sama2..hrp dpt memberi manfaat kepada kita semua.

ashnas,
sharing is caring right.. =)

nadiah,
setahu saya..kobis elok utk kurangkan bengkak susu..sbb dia akan lancarkan semula aliran susu tuh..sya kurang pasti pula jika kobis boleh kurangkan susu tuh.

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

m.y ~ b.r.e.a.s.t.f.e.e.d.i.n.g ~ j.o.u.r.n.a.l Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template