Wednesday, August 5, 2009

Minggu Penyusuan SI Sedunia





Setiap tahun, sepanjang tarikh 1-7 Ogos telah ditetapkan bagi sambutan bagi MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA.

so to all bf mommy/mommy to be/ mommy who willing to bf their baby(still not too late!), don't miss this chance...banyak aktiviti akan dijalankan bersempengan dengan sambutan ini..

tema bagi sambutan tahun ini lebih fokus kepada"Penyusuan Susu Ibu - Tindakbalas Penting Ketika Bencana, Adakah Anda Telah Bersedia?

Seperti yang kita sedia maklum, darurat/kecemasan boleh berlaku dimana2 sahaja. Kanak2 kecil dan bayi terutamanya mudah terdedah kepada kekurangan nutrisi, penyakit bejangkit dan kematian sekiranya bencana berlaku..contohnye gempa bumi, banjir dan mcm sekarang yang terjadi di negara kita yg sedang berdepan dengan jangkitan selsema babi H1N1 yang sudah ke tahap pandemik!!(harini, di radio sya dengar berita ada kes H1N1 yg telah meragut nyawa lagi!) so, dengan menyusu ibu inilah dapat dijadikan satu perisai/penyelamat kepada bayi2 tersebut daripada jangkitan penyakit2 tersebut.

untuk dapatkan info lebih lanjut, sila klik di sini

atau, untuk lebih jelas..u all boleh join aktiviti2 yg dijalankan oleh LC2 yg diiktiraf dan hospital di negara kita nih..


6 Ogos 2009 - Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Peringkat PPUM
- Peraduan Teka Silang Kata
- Pameran Penyusuan Susu Ibu
- Gerai-gerai jualan barangan menarik
- Lain-lain aktiviti yang menarik

Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sempena Sambutan Hari Susu Ibu KL
Tarikh : 4 Ogos 2009
Hari : Khamis
Masa : 9 am- 3 pm


Pa & Ma / PPUM/ D'moms and Baby Link
9 Ogos 2009 - Seminar Penyusuan dalam kecemasan. Apakah tindakan anda???
Masa: 8.30pg - 5.30 ptg
Lokasi: Tingkat 2, KL Sentral
Yuran Penyertaan : RM150 (tidak termasuk pengangkutan & penginapan)
Hubungi : 03-89427944


HARI SUSU IBU
TARIKH: 9 OGOS 2009
TEMPAT: Dewan Bandaran MPKJ Kajang
MASA : 8.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI
HUBUNGI: 03-89254614

Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Hospital Serdang 2009 
Tarikh: 19 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 1 petang
Tempat: Auditorium Hosp Serdang 
Sila hubungi Hospital Serdang dan berikan nama anda sebelum 10 Ogos 2009.

3 comments:

Gee on August 5, 2009 at 4:40 PM said...

Nak tanya, sempena sambutan hari susu ibu di jabatan kesihatan WP kuala lumpur tu di catat hari Khamis, 4 Ogos.. sepatutnya 6 Ogos kan? atau saya dah terlewat sbb 4 Ogos hari selasa..

lailasani on August 6, 2009 at 3:46 PM said...

happy breastfeeding!!

Dayah on August 8, 2009 at 9:02 PM said...

salam..
kat penang dah berlansung 3 events..alhamdulillah sambutan amat baik...

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

m.y ~ b.r.e.a.s.t.f.e.e.d.i.n.g ~ j.o.u.r.n.a.l Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template