Tuesday, March 31, 2009

Tips menyusukan bayi di tempat awam

9 comments
mama ditanya oleh seorang teman..dia sedia maklum yg mama ni fully BF. dia mcm hairan cmne mama bawak sara jalan2...

kalau keluar, awak kasi sara minum susu mcmane?kasik botol gak ke?(dia merujuk kepada stok EBM mama)
good question..
mama jawab, saya breastfeed dia..tak kasik botol..

then mama cite kt dia cmne mama breastfeed sara kt public..
sini mama boleh share some tips..

dulu mmg satu mslh besar esp waktu sara kecik2 lagik...mama sendiri kelam kabut sbb 'cetek ilmu' cmne nk handle situasi gini..

mungkin ada ibu2 di luar sana yg ambik jalan mudah, kasik je susu botol(FM la semestinye) bila keluar bersama baby..tapi mama tak wt cmtu..sbb mama rasa tu bkn halangan utk bfeed baby in public..

apa kita nk wt jika berdepan ngan situasi/org cenggini?


1. Sebelum keluar,mama akan pastikan sara cukup minum/makan..mama akan kasik dia makan dlu, minum puas2 dlm keta sepanjang perjalanan ke tempat dituju. ini dpt elakkan baby cepat lapar..so kita adala masa utk shopping/jalan2 tanpa gangguan.

2. Bawak bekalan makanan baby. kalau dia tak thn sgt lapar, bolehla kasik dia makan dlu sebagai lapik perut..biskut ke ape ke..so takdela dia terjerit2..hehe..ini kes kalau dia dh berumur 6bulan ke atas lah dan dah start solid food.

3. Pastikan tempat yg kita nk keluar tu, kita cukup familiar...kalau boleh pastikan ada nursing room..so that,senang nk terjah kalau tetiba baby ngamuk nak gak susu..in case kalau dh desperado sgt..tak jumpe nursing room, terjah je fitting room. mama penah masuk fitting room children department sebab dh terdesak sgt..

4. Guna selendang..ye mama dpt tips ni dr one of blogger mum. memang bergune utk cover semasa aktiviti bfeed dilakukan...mama penah wt kaedah ni kt giant.lantakla org nk kata apa.

5. Nursing cover....memang sgt berguna..weekend baru2 ni mama gune di bhgn perabot2..sebab sara dh ngamuk2 nk susu..yela dlm giant mana ada nursing room..so time ginilah bergunanya nursing cover nieh kan.

6. Pakailah nursing bra atau nursing blouse..senang sikit nk selak..takdela ketara sangat nampak B kita..tapi klu ternampak pn, kita bkn saja suka2 nk tyg..ye dak?

7. Disinilah kelebihannye bagi mereka yg bertudung esp tudung labuh..mereka boleh menyembunyikan aktiviti tersebut disebalik tudung itu..sape boleh sangka kan?hehe...

Friday, March 27, 2009

Penyusuan Susu Ibu Dari Pandangan Islam

4 comments
Apabila seorang bayi dilahirkan ke dunia ini, dia memerlukan ibunya. Bayi itu perlu diberi makanan yang diserap melalui darah ibunya semasa di dalam kandungan. Makanan ini telah ditukar dengan kehendak dan kuasa Allah kepada susu yang mengandungi semua kandungan pentingdan perlu untuk tumbesaran bayi itu. Al-Quran ada menyebut tentang penyusuan ibu dan perhubungan antara bayi dan ibu susunya iaitu apabila ibunya tidak dapat menyusu dengan sebab-sebab tertentu maka ibu susu diupah untuk menyusuinya.

  1. Adalah kewajipan ibu untuk menyusui bayinya dan meyempurnakan haknya untuk menikmati dan mendapat kebaikan susu ibu, jika dia mampu.
  2. Tempoh penyusuan susu ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah dua tahun.
  3. Bapa sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keadaan yang ibu itu perlukan untuk menyusu. Ini menunjukkan yang Islam menganggap penyusuan susu ibu itu sebagai kewajipan utama yang ibu patut laksanakan. Disini, ibu tidak patut dibebani dengan kerja yang lain. Adalah jelas si sini bahawa al-Quran sudah menjelaskan hak ibu yang sedang menyusu
  4. Jika bapa tiada atau sudah meninggal dunia, salah seorang ahli keluarga harus mengambik alih tanggunggjawab terhadap bayi dan ibu untuknya terus menyusu.
  5. Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat. Keputusan ini dibuat setelah mendapat persetujuan kedu-dua ibu dan bapa, setelah mereka membincangkan kebaikan dan keburukan keputusan yang dibuat serta cara untuk memberi penjagaan yang rapi kepada anak.
  6. Ibu yang mampu dan boleh menyusui bayinya adalah di galakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayinya. Islam memerintahkan bapa untuk memberi upah kepada ibu yang meyusukan anaknya. Dengan cara ini, Islam memastikan anak itu mendapat segala keperluannya dalam tempoh penyusuan itu.

Allah telah memenuhi segala keperluan bayi dan susu yang dihisap olehnya tiga hari pertama dalam kehidupan bayi. Buah dada ibunya akan menghasilkan sejenis cecair berwarna kekuningan iaitu kolestrom yang terdapat dalam kuantiti yang kecil. Cecair ini sudah cukup untuk memenuhi segala keperluan makanan bayi dalam hari-hari pertama kehidupannya. Tambahan pula ia membantu bayi untuk mula menerima dan mencernakan makanan yang dihisapnya. Dalam masa 24 jam buah dada ibu menghasilkan susu yang diperlukan untuk makanan bayi sehinggalah dia mencerai susu.

Ibu yang enggan menyusui bayinya tanpa sebab yang munasabah telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayinya yang telah diamanahkan oleh Allah. Penyusuan susu ibu menjanakan perasaan keibuan dan memperkayakan sifat kasih sayang. Selain dari apa yang diperkatakan tadi, penyusuan susu ibu menggerakkan sistem penghadaman ibu untuk menghasilkan makanan untuk bayi, dengan itu juga memprtingkatkan kesihatan ibu tersebut. Penyusuan susu ibu juga boleh menolong mengembalikan ibu kepada keadaan aal (sebelum bersalin) dengan cepat dan mengurngkan risiko barah buah dada dan ovari. .

info ini dipetik daripada laman web Persatuan Penasihat dan Pakar Laktasi Malaysia

Thursday, March 26, 2009

My 'Pumping' session

4 comments

alhamdulillah, dengan menjaga 'disiplin'..patuh kepada 'jadual', rezeki susu utk qaisara bertambah meriah..skrg ni mama follow betul2 schedule ni...sebab mama nak maintain production susu..org kata kalau kita ponteng satu sesi je susu dh merajuk..tanak keluar..atau keluar sikit...

jadual weekdays(hari bekerja)

  • 6-6.30 pagi - biasa dptla dlm 1-2oz(jadilah kan..dari takde lgsg)...sebab sara dah minum sblm tu..kene gak pam kasi kosong B.
  • 9-10 pagi - dapat lagi dlm 3-4oz..kalau dpt sikit, mama akan top-up production ni kat hasil yg dapat kul 6-6.30pagi tadi.
  • 12-1tghri - dapat dalam 3-4oz lagi.
  • 2-3ptg - 3-4oz lagi..
  • 4-5ptg - 2-3oz.

rata2 hasil perahan mama banyak tu je..tapi syukur alhamdulillah..dalam sehari mama dapat collect dalam 12oz..mencukupi kadar yg sara minum buat masa ni...kadang2 tu tak abis pn...so hasil perahan utk esok tu akan jadi stok utk lusa...

hasil perahan ari jumaat pulak mama akan simpan utk stok frozen EBM. kenapa perlu ada frozen EBM? sebabnye sebagai bekalan emergency, incase kalau mama nk gi memana and tinggalkan sara kt rumah ngan papa ke...atau bekalan sara utk keesokan harinya tak mencukupi..ini psl kes mama tak sempat nk perahla....esp kalau ada meeting sehari suntuk..oh ye...

weekend pn mama perah even mama puasa..tapi mama hanya perah waktu pagi dengan selepas berbuka puasa saje...oklah tu...dapatla jugak dalam 6oz sehari...kalau 2ari perah,kan dah ada 12oz..stok perahan weekend mama prepare utk bekalan sara utk hari isnin..

untuk BF mommy yg lain cmne pulak ye jadual u all? jom share..boleh kita try...sharing is caring, right?

Tuesday, March 24, 2009

Carta Pencapaian Si Manja @ 12 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran



  1. meniru aktiviti orang lain

  2. menunjukkan apa yg diingini dengan gerak isyarat


Lambat Menguasai Kemahiran



  1. mengambil beberapa tapak

  2. menyebut satu perkataan selain daripada "mama" dan "dada"


Cepat Menguasai Kemahiran


  1. berjalan sendiri

  2. menconteng dengan krayon

  3. menyebut 2 perkataan selain daripada "mama" dan "dada"





Permainan yg sesuai

Carta Pencapaian Si Manja @ 11 Bulan

2 comments
Menguasai Kemahiran


  1. menyebut "mama" dan "dada" kpd ibu bapa yg betul

  2. bermain tepuk "amai-amai" dan cak-cak

  3. berdiri sendiri utk beberapa saat

Lambat Menguasai Kemahiran


  1. memahami maksud "jangan" dan arahan mudah

  2. memasukkan benda ke dalam bekas


Cepat Menguasai Kemahiran


  1. menyebut satu perkataan selain daripada "mama" dan "dada"
  2. membongkok daripada posisi berdiri


Permainan yg sesuai

Carta Pencapaian Si Manja @ 10 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran



  1. melambai-lambai tangan

  2. mengutip benda dengan menggenggam jari

  3. merangkak dgn baik, dgn mengangkat perut drp lantai




Lambat Menguasai Kemahiran

  1. menyebut "mama" dan "dada" kpd ibu bapa yg betul

  2. menunjuk apa yg diingini dengan gerak isyarat


Cepat Menguasai Kemahiran

  1. berdiri sendiri beberapa saat

  2. memasukkan benda ke dalam bekas


Permainan yg sesuai






Carta Pencapaian Si Manja @ 9 Bulan

0 comments

Menguasai Kemahiran



  1. berdiri dgn memegang pd sesuatu

  2. cakap tak jelas atau menggabung suku kata

  3. mula memahami sesuatu yg kekal


Lambat Menguasai Kemahiran

  1. memapah sambil memegang perabot

  2. minum daripada cawan kalis tumpah

  3. makan menggunakan jari

  4. mengetuk 2 benda



Cepat Menguasai Kemahiran



  1. bermain cak-cak

  2. menyebut "mama" dan "dada" kepada ibu bapa yg betul




Permainan yg sesuai

Carta Pencapaian Si Manja @ 8 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran


  1. menyebut "mama" dan "dada" kpd kedua-dua ibu bapa (tidak spesifik)

  2. menghulur benda daripada 1 tangan ke 1 tangan


Lambat Menguasai Kemahiran



  1. berdiri sambil memegang sesuatu

  2. merangkak

  3. menunjuk pd benda

  4. mencari benda yg tersorok


Cepat Menguasai Kemahiran

  1. mengangkat diri utk berdiri, memapah

  2. mengutip benda dengan menggenggam jari

  3. menunjukkan apa yg diingini dgn gerak isyarat


Permainan yg sesuai


Carta Pencapaian Si Manja @ 7 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran


  1. Duduk tanpa sokongan

  2. menarik benda ke arah dirinya

Lambat Menguasai Kemahiran


  1. menerapa ke hadapan dan mula merangkak

  2. cakap tak jelas atau menggabungkan suku kata

  3. mula memahami rasa takut dgn orang yang tidak dikenali

Cepat Menguasai Kemahiran


  1. melambai-lambai tangan

  2. berdiri dengan memegang pd sesuatu

  3. mengetuk 2 benda

  4. mula memahami sesuatu yg kekal

Permainan yang sesuai



Carta Pencapaian Si Manja @ 6 Bulan

3 comments
Menguasai Kemahiran


  1. Menoleh ke arah bunyi dan suara

  2. Meniru bunyi

  3. Berguling kedua-dua arah



Lambat Menguasai Kemahiran


  1. Bersedia utk makan makanan pejal

  2. Duduk tanpa sokongan

  3. Masuk benda dalam mulut

  4. Menghulur benda daripada 1 tangan ke 1 tangan



Cepat Menguasai Kemahiran


  1. Menerpa ke hadapan dan mula merangkak

  2. Cakap tak jelas atau menggabungkan suku kata

  3. Menarik benda ke arah dirinya

Carta Pencapaian Si Manja @ 5 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran


  1. Membeza-bezakan warna yang terang

  2. Bermain dengan tangan dan kaki


Lambat Menguasai Kemahiran

  1. Mengenali nama sendiri

  2. Menoleh ke arah bunyi baru

  3. Berguling kedua-dua arah



Cepat Menguasai Kemahiran

  1. Duduk seketika tanpa sokongan

  2. Masuk benda dalam mulut

  3. Mula rasa bimbang apabila ditinggalkan



Permainan yang sesuai

Hand Rattle

Carta Pencapaian Si Manja @ 4 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran


  1. Senyum, ketawa

  2. Boleh menahan berat badan dengan kaki

  3. Membuat bunyi kukur apabila kita bercakap dengannya



Lambat Menguasai Kemahiran


  1. Boleh memegang alat permainan

  2. Berguling, daripada meniarap ke menelentang



Cepat Menguasai Kemahiran


  1. Meniru bunyi "baba" , "dada"

  2. Baru tumbuh gigi pertama

  3. Mungkin bersedia untuk memakan makanan pejal



Permainan yang sesuai

Playgym

Carta Pencapaian Si Manja @ 3 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran


  1. Mengenali muka dan bau anda

  2. Menegakkan kepala dengan tegap

  3. Memandang mengikut objek yg bergerak






Lambat Menguasai Kemahiran


  1. Menjerit, membuat bunyi mengagah dan kukur

  2. Menyembur air liur

  3. Mengenali suara anda

  4. Melakukan tekan tubi mini



Cepat Menguasai Kemahiran


  1. Berguling, daripada meniarap ke menelentang

  2. Menoleh ke arah bunyi yang kuat

  3. Memegang tangan sendiri, tendang alat2 mainan

Permainan yang disyorkan


Playgym

Carta Pencapaian Si Manja @ 2 Bulan

0 comments

Menguasai Kemahiran



  1. Bersuara : membuat bunyi mengagah dan bunyi kukur

  2. Mengikut pergerakan objek dalam pandangan

  3. Menyedari tangannya

  4. Mengangkat kepala pada jangka masa singkat


Lambat menguasai kemahiran



  1. Senyum, ketawa

  2. Mengangkat kepala pada 45 darjah

  3. Membuat pergerakan kecil


Cepat menguasai kemahiran



  1. Menegakkan kepala dengan tegap

  2. Boleh menahan berat badan dgn kaki

  3. Mengangkat kepala dan bahu semasa meniarap (tekan tubi mini)


Permainan yg sesuai



  1. Playgym

Carta Pencapaian Si Manja @ 1 Bulan

0 comments
Menguasai Kemahiran
  1. mengangkat kepala semasa meniarap
  2. berbalas kepada bunyi
  3. merenung ke muka

Lambat menguasai kemahiran
  1. mengikut objek sebentar dengan mata
  2. bersuara : membunyikan ooh dan aah
  3. boleh melihat corak hitam dan putih

Cepat menguasai kemahiran

  1. senyum, ketawa
  2. mengangkat kepala pada 45darjah

Permainan yang disyorkan




10 cara utk seimbangkan diet ketika menyusukan si manja

0 comments
  1. Nikmati pilihan makanan bernutrisi yang banyak setiap hari
  2. Makan beberapa roti dan bijirin sehari (banyak serat dan fiber)
  3. Termasuk makanan yang tinggi omega-3 asid lemak seperti roti, telur atau minyak Canola(mama amalkan makan roti sapu dengan buttercup yg ada Canola oil cam dlm gambar kt bwh nih..start amalan ni dr minggu ke-36 pregnancy..dgn harapan susu keluar bila besalin nanti..)

  4. Target 5 hidangan sayuran dan 2 hidangan buahan setiap hari
  5. Nikmati 4 hidangan makanan yang kaya kalsium setiap hari (seimbangkan dgn pengambilan susu atau susu soya berkalsium, keju atau yogurt)
  6. Makan hanya sedikit jumlah gula dan makanan yang mempunyai kandungan gula yang banyak
  7. Pilihlah makanan rendah garam dan gunakan garam sedikit dlm masakan seharian
  8. Makan makanan yg mempunyai zat besi setiap hari seperti daging dan bijirin sarapan
  9. Minum 2 liter air setiap hari
  10. Kekalkan badan yg sihat dengan mengimbangkan dengan aktiviti dan pengambilan makanan (20-30 minit aktiviti setiap hari)

Monday, March 23, 2009

Amalan Ketika Mengandung

1 comments
Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

***************************************

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

Wallahu a'lam.

Sipster Spill Proof Cup

3 comments
last weekend i bought this for my little daughter..
main reason to buy coz utk kasi dia minum air masak masa dia makan..
satu lagi..saya sedikit 'malas' nak cuci botol..
i think this is 1 step utk train sara supaya minum dr cawan instead of using bottle.
memang memula dia a little bit ackward..tapi lama2 dia dh boleh terima..

dah lama saya cari training cup mcmni..yg tak laju alirannye...ada valve utk control..akhirnye saya jumpe jugak..sya beli dari sini..pegi sana memula nk survey breastpump..temankan roomate..jgn jeles,now i have pump-mate..hehe..dia pn belikan mug ni utk anaknye since anaknye reject puting botol..so after this bolehla anak dia minum guna mug ni..

qaisara demo on her training cup.

sedikit info tentang playtex sipster spill proof cup..(copy from mlo website..)

At six months, your baby still depends on breast milk for most of her nutrition. To begin the transition from breast or bottle to cup, start introducing water or juice mixed with water.
Ideal for babies who no longer need handles. These smaller cups are easier to hold and features a smaller, more tapered spout. These bottles are made of HDPE (no. 2) which is safe for your baby.

Playtex Spill-Proof Cups feature:
  • Dishwasher-safe cups and valves– the SipEase® valve fits perfectly in a hole in the lid – it won’t get lost
  • High-quality cups that are break-proof and spill-proof
  • Interchangeable lids, so if a lid is misplaced, just grab another one
  • Fun colors and designs to entertain baby and you

Saturday, March 21, 2009

Pil asi & Fenugreek

9 comments
PERINGATAN : SILA DAPATKAN NASIHAT DOKTOR TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL SEBARANG UBAT/PIL UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG KEMUDARATAN KEPADA DIRI DAN BABY ANDA.
Satu lagi milk booster yg mama baru nk cube..fenugreek atau halba..
hrp dpt memberi kesan yg memberangsangkan utk production susu mama....
Fenugreek pills
actually pil ni dijual dlm 100biji..tapi mama beli 30 beli je dr kedai sayangibu dats y dia pack mcm ni...arga murah je..18.90.thanks dhia..sudi antakan sampai ke rumah..hehe..
ni plak pil asi..arganya 16rgt je utk 300biji...mama dpt tau pil ni seakan jamu..jgn risau..tak memberi kesan kpd baby...mama pn baru petama kali nk cube..so kita tgkla kesannye nanti...ok.

Pil asi

Friday, March 20, 2009

Kisah Susu Ibu

0 comments
Good to share....interesting story..do read this!

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le... . Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir.

Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Korang nak tau tak, apa yang dia suruh buat ? Alah... bukannya suruh potong dua cam dalam citer melayu lama tuh ! Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. So, setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut.

Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu. Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut !

Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

Persediaan awal Penyusuan ASI

0 comments
Sebelum kelahiran
  • Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami
    Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
  • Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.

Semasa melahirkan
  • Sentuhan kulit
    Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
  • Permulaan awal
    Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
  • Menyusu mengikut kehendak.
    Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
  • Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
    Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
  • Tiada puting tiruan.
    Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

Kebaikan ASI ~ air..susu..ibu..

0 comments
Untuk bayi :
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
    Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
    Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.


Untuk ibu:

  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya


Lain - lain kebaikan :

  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

Susu ibu menguntungkan wanita

0 comments
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.

Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.

Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.

Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.

Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

Khasiat dan kebaikan susu ibu

0 comments
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.

Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.

Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.

Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.

Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.

Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous.

bubur nasi ikan tenggiri

0 comments
semalam mama masakkan menu baru utk qaisara..

bubur nasi ikan tenggiri..

bahan2:
2genggam beras dibasuh bersih
2-3 kelopak brokoli..ni saje je mama tambah
setengah batang carrot.
ikan tenggiri 1/4

cara2 masak :
1.masak nasi sampai kembang.
2.masukkan ikan, carrot ngan brokoli..
3.dah empuk siap utk diblend..

ni rupe bubur yg tengah dimasak..
nampak sedap kan?mama pn teliur sebenornye..mama mmg suke makan bubur nasi.hehe

lately qaisara kuat makan..mama masak penuh termos tu mmg dia dpt abiskan..huhu..beselara kan dia????hehe..

BREASTMILK BOOSTER

2 comments
Utk tempoh 6 bulan breastfeeding journey mama, byk onak dan duri ranjau mama tempuhi utk capai target mama nieh...skema nye ayat..hehe...tapi betul..tak tipu..mama lalui waktu suram di mana stok susu mama menjunam..(tapi tak dela sampai clear je freezer) mama mule rasa risau bile tgk freezer tu byk tempat kosong..mcm skrg ni pn susu yg mama pam arini mmg ngam2 je utk esoknye..so mama mmg kene pulun pam klu nk wt stok EBM..camne mama survive bagi tempoh 6 bulan nih? macam2 petua yg mama try..tap tak semuanye mama follow...mana yg ringkas dan tak remeh tu mama buatlah...sbb mama ni malas sikit orgnye..hehehe...antara kaedah/petua yg mama buat..

1. Air longan kering...

papa yg ajar mama..mama akan rebus longan kering tu dlm kuantiti air yg byk sampai longan tu kembang setaman..then air tu masuk dlm jug besar taruk dlm fridge..utk air gulanya mama rebus gula melaka ngan sedikit gula..air gula ni biar bancuh pekat..jgn lama nanti hangit pahit pulak..kejap je msk air gula..bila nk minum, campurkan air longan tadi ngan air gula melaka..sedapp!!!


2. Air tanak nasi 

mak mertua (nenek sara yg ajar)Bila masak nasi, mama akan lebihkan air (kene expert sikitla budget membudget ni..kang terlebih air lembik lak nasi..terkurang air mentah plak nasi)..bila nasi mendidih, cedok air tanak nasi tu dlm semangkuk minum masa panas2 sbb klu dh sejuk nanti dah tak sedap sbb nanti air tu akan jadi pekat...klu tak lalu nk minum, tmbh gram sikit so ada rasa lemak2 sikit..sedap tau..makcik papa amalkan kaedah ni sampai dia ley survive susukan anaknye selama 2thn..dah terbukti keberkesanannye..tapi mama je malas nk amalkan sbb selalu lupe nk cedok airnye pastu tgk2 nasi dh kering..hehehe


. Milkmaid tea

Masa nk try dlu risau gak takut 'rasa nye yg pelik' tak ley diterima oleh tekak mama..but 2nd sip dh ok je..bau mmg busuk sbb bau herba..nk muntah gak, tap rasa nye tak mcmtu..rasa air cm greentea..mama tak selera minum plain..biasa taruk gula sikit je..mama wt dlm 1 teko panas tuh, then simpan wt stok...hehehe..

4. Jantung pisang

Mama makan cmtu je wat ulaman (kt cafe nusery qaisara kerap gak ada)..tap mama lagi suke makan jantung pisang dimasak lemak putih/lemak cili api...cicah sambal belacan..pergh sedap beb...pastu try la pam susu sejam pas makan, mencurah2 tau...

5. Pegaga

Masa dlm pantang, ada akak ni rajin tlg masakkan lada hitam pegaga ikan tenggiri..pergh sedap.. pedas lak tuh..resipi org melaka kot..sbb akak ni org melaka...biasa mama makan wt ulam je..tap tak makan selalu sbb susah nk jumpe..nk suruh papa beli kt pasar, papa sara ni tak kenal sgt ulam-ulaman nieh..nk sedap makan,tryla wt kerabu pegaga..sedap ko..pastu, confirm bengkak breast sbb susu byk..ape lagi,pamla wt stok ye... :)


6. Horlicks

Skrg ni everyday,mama tak lupe akan bancuh segelas horlicks panas kt kafe nusery qaisara..hahaha...belila sebenarnye...nak bancuh asyik lupe jek..jln cepat,beli je..asalkan ongkosnye ada...mama tak pnh try oat..tap quacker oat lagi bagus sebenarnye cume mama la tak lalu nk makan..


7. Susu soya milelia

Masa pregnant dlu mama minum bila da masuk 37 weeks..pastu maintain minum..tap sbb mama ni tak disiplin,jarang2 je mama minum..tak rajin sgt..skrg ni mama suke makan taufu fah...yg ni pn bagus sebenarnye utk tmbh susu..tak caya? tryla dlu....

8. Spirulina

Baru je start makan dis month..terbaca dr blog akak fidsweetstory..manatau ada kesan...try dlu baru tau cmna kan...


9. Ikan tenggiri, ikan senangin, Ikan bilis(info dr buku panduan menyusu ibu)

Nasib baik mama ni penggemar ikan..so takdela alergik nk try makan jenis2 ikan nieh..Dapat info ni masa dlm pantang..kt item 6 tu kn dh cite psl masak pegaga ngan ikan tenggiri..alhamdulillah mama tak gatal2 mkn ikan tu even time dlm pantang sekalipn.


da abis..ini je lah yg mama amalkan..9 petua ni jek(tap tak semua dilakukan serentak,tgk kerajinan mama gak..hehe)..so far,mama try takde alahan pd baby..xde plak sara kembung ke ape2 ke..so pd mommy2 yg nk try,dialu2kanlah yee...kene cuba semua baru tau yg mana ok dan kena pada diri kita..yg ptg, jgn give up!!good luck!!!

PERSEDIAAN PENYUSUAN

0 comments
*Good info for mommy to be*

Penyusuan ibu memerlukan persediaan sejak dari awal lagi khususnya sejak ibu mula mengandung. Puting susu bolehlah dibersihkah dengan air panas atau sabun. Buah dada juga elok diurut menghala ke arah puting. Segala kekotoran pada puting buah dada perlu dibersihkan kerana ini boleh menyebabkan aliran susu tersumbat. (Memang mama kerap lakukan setiap kali mandi atas nasihat nenek qaisara). Kejayaan penyusuan juga banyak bergantung kepada taraf kesihatan dan pemakanan ibu yang mengandung. Jika ibu mengalami sebarang masalah kesihatan dan masalah kekurangan zat pemakanan, keadaan ini boleh menjejaskan atau mengganggu proses penyusuan. Penting bagi ibu mendapatkan sumbet zat protein yang mencukupi, vitamin serta zat logam khususnya zat besi kerana zat pemakanan ini akan masuk ke dalam air susu bagi memenuhi keperluan bayi.Sebaik sahaja bayi dilahirkan, letakkan pada puting susu ibu kerana proses penghisapan akan mempercepatkan dan mempermudahkan pengeluaran air susu.(Klu bersalin kt hospital gov-HPJ,memang ini yg dorg akan lakukan compare bersalin private kebiasaannye ibu akan ditolak ke wad and baby akan dibawa kepada ibu selepas itu/ibu terpaksa pergi nursery utk tgk baby) Biasanya pada hari pertama atau hari kedua selepas kelahiran, air susu belum banyak keluar, malah kadang-kadang tidak ada langsung. Saya ingin menegaskan penghisapan puting perlu dilakukan berulang-ulang kali untuk mempercepatkan proses pembentukan air susu. (tu sbb mama kate, jgn mudah give up.kasik je baby isap..kenela tahan sikit klu puting luka ke ape..sian lagi kt baby klu dia lapar..Fikirkan kesiankan anak dulu ye ibu2 sekalian,lupekan kesakitan anda..sakit bersalin melebihi dr sakit puting luka..betul tak?? :))Pada waktu ini sesetengah wanita mengeluarkan air jernih bukan susu yang digelar colostrums. Ini juga mengandungi khasiat pemakanan yg baik untuk bayi. Pada hari pertama dan berikutnya jika susu ibu tidak mencukupi, bayi boleh diberikan susu botol.Biasanya susu keluar pada hari kedua atau ketiga, namun demikian ada sesetengah ibu susunya keluar lebih lambat seperti tiga hingga lima hari kemudian. Kelambatan ini tidak perlu dibimbangkan kerana susu pasti akan keluar juga akhirnya.Bagi ibu yang melahirkan anak sulung, proses penyusuan adalah satu pengalaman baru. Ibu mungkin terasa kekok pada mulanya. Sedutan atau hisapan bayi yang terlalu kuat mungkin menimbulkan rasa sakit. Jika percubaan pertama atau berikutnya masih gagal untuk memberi hisapan yang sepuasnya kepada bayi, kita tidak perlu putus asa dan terus memberhentikan usaha untuk menyusukan bayi. Seperti yang saya nyatakan tadi, jika kita berulang-ulang kali meletakkan bayi pada puting buah dada, dia akan cuba menghisap. Kadangkala bayi berasa hampa dan menangis kerana tidak ada susu yang keluar pada hari pertama dan kedua.Info diperolehi daripada HamidArshat(Pakar Sakit Puan)

MASALAH IBU BEKERJA

0 comments
Saya sering dapati ibu-ibu yang bekerja mengalami masalah penyusuan khususnya pada waktu bekerja dan ini menjadi faktor utama mengapa ibu-ibu tidak terus memberi susu badan selepas waktu pantang. Ketika ibu bekerja beberapa masalah timbul seperti buah dadanya bengkak kerana penuh dengan susu. Ini menyebabkan susu meleleh keluar dan membasahi bajunya. Sebenarnya masalah ini boleh diatasi jika ibu-ibu mengetahui cara memerah susu.Jika ibu bekerja, pada waktu yang sepatutnya anak menyusu, bolehlah diperah keluar dengan menggunakan sejenis pam khas untuk menyedut susu ibu. Terdapat berbagai-bagai jenis breast pump di pasaran yang boleh dibeli dengan harga antara RM10 hingga RM30. Susu yang disedut keluar di pejabat boleh disimpan dalam botol dan kemudiannya dimasukkan ke dalam peti sejuk. Lakukan ini setiap tiga jam sekali. Apabila hendak digunakan, botol susu tadi direndamkan dalam air panas sebelum diberikan kepada bayi. Dengan ini ibu itu tidak membazir susunya. Memerah susu dengan menggunakan pam susu ini boleh menentukan pengeluaran susu yang berterusan dan menjauhkan masalah susu menjadi kering. Jika terdapat pusat jagaan bayi di pejabat, ini tentulah akan dapat mengatasi masalah yang saya nyatakan tadi dan bayi akan sentiasa mendapat susu ibunya.Satu lagi cara yang mungkin boleh dilakukan ialah dengan menghantar susu yang telah siap diperah ini kepada anak yang tinggal di rumah atau pusat jagaan atau ibu sendiri pulang ke rumah menyusukannya sendiri. (setiap kali lunchtime mama p nursery anto susu..letih mmg letih..terkejar masa..tapi dlm waktu yg sama,boleh exercise pastu spotcheck pengasuh..disamping ley main2 ngan anak). Ini juga boleh mengelakkan bayi diberi susu lembu semasa ibunya tiada di rumah. Pergantungan bayi terhadap susu lembu menerusi botol kadangkala boleh menyebabkan ia menolak langsung susu ibu. Ini memang menjadi satu masalah kepada ramai ibu yang bekerja. Saya ingin menyatakan di sini susu ibu yang dipam atau disedut keluar boleh disimpan dalam freezer untuk beberapa waktu tanpa rosak atau berubah khasiat dan mutu makanan yang terkandung dalam susu itu. Apabila ia dikehendaki, cairkan dahulu dengan meletakkannya di luar dan kemudian dipanaskan sebelum ia diberi kepada bayi.Info ini diperolehi daripada HamidArshat(Pakar Sakit Puan)

Susu Ibu Menjadi Kering

0 comments
Satu masalah yang sering dihadapi oleh ibu yang menyusukan bayinya ialah pengurangan atau kekeringan susu ibu. Ini berlaku kerana bayi semakin kurang menghisap yang kerapkali terjadi di kalangan ibu yang bekerja. Tekanan sama ada fizikal seperti masalah pekerjaan, atau tekanan emosi seperti kesedihan memang boleh menyebabkan gangguan pada pengeluaran air susu. Makanan ibu yang kurang khasiat dan kurang berzat juga boleh menjadi sebab. Penting bagi ibu yang menyusu memakan sumber-sumber makanan yang mengandungi banyak protein, zat-zat vitamin dan logam. Pil pencegah hamil boleh juga menyebabkan kekeringan atau pengurangan dalam pengeluaran susu.Untuk mengatasi masalah ini perlu bagi wanita yang bekerja serta ingin terus menyusukan bayinya memerah susunya tiga atau empat jam sekali. Tentukan juga ia tidak menghadapi sesuatu masalah atau tekanan hidup di samping menentukan makanannya bermutu serta berzat.Info diperolehi daripada HamidArshat(Pakar Sakit Puan)

Wednesday, March 18, 2009

Instant EBM Booster

9 comments

Lately mama dpt rasakan production EBM mama dh kembali 'meriah' mcm dlu...not sure sbb ape..adakah sbb mama kerap makan skrg ni..2days in a row ni ada in-house training oracle kt office..as usual, mesti ada makan2 time..mama still maintain pam 4x di office..sekali di rumah early morning...itupn kadang2 ada hasil..kdg2 tak keluar/keluar sikit sbb qaisara terbangun awal..so dia dh suck direct dlu...but mama tetap pam even tak keluar susu sbb ni gak merupakan as a signal to otak utk produce new breastmilk..

atau...adakah sebab lately mama mengamalkan minum air teh kurma merah segera dengan longan...rasa pn sedap..mcm longan biasa tuh...tap tak ori la kan..tap ni kaedah plg cepat..yela nk wt air longan tu leceh gak kene rebus sampai buah longan tu kembang..then,wt air gula melaka lagi..so dgn adanya produk terbaru dipasaran ni..y not give a try??

so pd yg rasa nk mencuba tu,mama suggestkanlah..esp yg malas mcm mama ni nk masuk dapur wt air longan..haha...senang sikit and jimat masa..tak gitu???

ni gambarnye..carikla kt hypermarket..mama beli kt mydin je ni..arga tak silap dlm 8rgt je rasanya..ada 20sachet..mama bancuh dlm tumbler terus..dlm mug dpt sikit sangat...hiks..sebenornye ni kes malas nk amik air kt pantry byk kali..hehe

selamat mencuba!!!

Monday, March 16, 2009

private blog..

40 comments
SALAM SEMUA.. :)

tolong beri EMAIL ADDRESS u all BESERTA BLOG ADDRESS U ALL jika masih berminat nak mengikuti celoteh mama ngan pekembangan qaisara...

*mama terpaksa wt cenggini sebab ada pihak yg telah MENCABUL HAK PRIVACY MAMA.*

pd "mereka" itu..mama taktau ape kesalahan mama pada mereka sampai 'perkara itu' diperbesarkan...mama menulis blog ini utk mencoret perkembangan dr mula mama pregnantkan qaisara hingga pengalaman menjaga baby...utk tatapan bacaan baby mama bila dia dewasa kelak..kalau ada entry yg 'sensasi' spt itu pn hanya 3x sahaja dan itupn mama tidak mendedahkan watak2 tertentu namun..apekan daya??tak sangka itu boleh dijadikan isu...tujuan utama mama tulis, sebab nak catit luahan rasa hati mama pada ketika itu..tapi ia telah disalahanggap, tu la kan...biarla hal ni berlalu..dan mama tanak anak mama jadi mangsa keadaan(kesian,dia masih kecil)...pd "mereka" itu,mama minta maaf banyak2 jika mengguris ati semua....atas tulisan mama yg mungkin dirasakan kasar...disamping tu,tujuan mama tulis blog pn sbb mama nk carik ramai kenalan esp dr kalangan ibu2 utk tukar pendapat..tapi disebabkan "mereka" mama rasa tidak bebas untuk menulis lagi..cukupla setakat ini saje....

sayang - mama qaisara.

Sunday, March 15, 2009

Nursing cover..

5 comments

Mama skg kt d mines..hunting new hp 4 mama..perasan tak ape yg mama ngah wt?yes!mama,tgh bfing sara.sara ngamuk lapo+ngantk.luckily mama bwk nursing cover yg mama bli dr kedai comel.cute kn?sara sampai tetdo..senang ati mama:-*

Tuesday, March 10, 2009

~Shoppingnye solid food qaisara~

3 comments
Semalam mama masakkan qaisara bubur nasi + kurma + puri labu...Pagi tadi test kasik sara makan, abis...alhamdulillah..

semalam mama buatkan puri pisang..alhamdulillah abis 1 mangkuk kecik tuh...tap pisang emas ni mcm manis..rasa mcm tak bagus je..sebabnye mama sendiri tak boleh 'accept' kemanisan buah pisang tu..taktaula kan..sbb mama ni bukan peminat pisang...cmne eh? maybe ni last time mama buat puri pisang lah..
semalam shopping makanan qaisara..mama belikan qaisara biskut milna rusk..belum test kasik qaisara mkn lagik...kite try ptg ni ye pas blk nusery...then mama beli stok utk bubur qaisara..2 bijik keledek, pastu mama belikan sayur brokoli...tak penah try lagik...esok mama buatkan bubur campur sayur brokoli..kita tgk sara suke tak makan..hehe..then,jumpe gak akhirnye kurma..mama beli kt 1 kedai adik ni kt alamanda..asyik telupe je nk beli..alang2 dh lalu kt situ ternampak terus beli..mama beli kurma rotabum-- tol ke eh eja nie? sbb kurma jenis ni lembut sikit dr yg lain...
ari ahad baru2 ni,mama wt stok ikan bilis...sbg pengganti perasa garam+gula...ini klu kes mama mls nk masak bubur lah nie...
cara2nye:
1.segenggam ikan bilis tu buang tahi,kepala,tulang..basuh bersih2.
2.goreng tanpa minyak sampai garing.
3.blend sehingga halus..hancur
bila nk kasik baby makan,ambik 1sudu tu taruk dlm bubur baby..sebagai perasa..
mama dh try aritu,okla sara makan laju je...hehe
alhamdulillah, setakat ni sara tak menolak lagi bubur2 nasi yg mama buat...cume dia kurang suke ubi kentang..aritu papa belikan whipped potato kfc without gravy pn dia tolak..tak suke kot.sudahnye mama dia yg abiskan..

Monday, March 2, 2009

Puree Keledek

3 comments
Untuk rujukan bagi yang first time nk memasak utk anak kesayangan anda..

1. Ambil sebiji ubi keledek bersaiz kecil..buang kulit dan cuci bersih
2. Potong keledek menjadi bentuk kiub kecil2 dan rebus hingga empuk
3. Kisar keledek hingga halus - mcm whipped potato
4. Boleh tambah air rebusan keledek tadi semasa mengisar.
5. Siap utk dimakan atau simpan utk stok.

p/s: mama guna keledek kulit warna purple/merah tu..yg tu manis..keledek yg kaler oren tu manis juga rasanye...tryla ye...boleh suap baby makan cmtu je atau campur dengan nasi mcm mama buat..

~Tak susah memasak utk anak kita, asalkan kita kreatif dalam penyediaan makanan anak kesayangan kita..~

Big Appetite!!

7 comments
weekend yang lepas..mama create new recipe baru utk qaisara..

bubur nasi+carrot puree+kismis+ikan bilis - sara makan dengan selera sekali....

ptg mama shopping barang dapur...ikan bilis abis..ganti ngan bahan lain...
maka, terciptalah..

bubur nasi+carrot puree+kismis 7biji+keledek...yummie!!!
sara makan sampai licin pinggan.. notty tau anak mama ni..
kita tgk seminggu ni cmne dianye selera...arini mama tapaukan sara bubur nasi penuh 1termos tuh.....abis tak eh dia makan...

oppsss...arini sara dh tukar bilik...dia da join ngan budak2 yg lasak...tak sabar nk tgk dia lunch ni..cmne la keadaan dia kt bilik baru tuh.....sure dia suke kwn ngan baby2 baru...
Blog Widget by LinkWithin
 

m.y ~ b.r.e.a.s.t.f.e.e.d.i.n.g ~ j.o.u.r.n.a.l Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template