Friday, May 22, 2009

Macamane Nak Banyakkan Stok EBM?

21 comments
saje saya letak tajuk mcmtu..
manatau kot2 ada yg google psl ni..kot2 terjumpa blog saya..okla tu kan? boleh dia dpt manfaat sedikit(tak dapat banyak, sikit pn jadila kan?) dr entry saya kali ni.
sering kali sya terbaca 'keluhan' stok ebm berkurangan...stok ebm dah habis..masalah ni mmg dihadapi terutamanya 'WORKING MOTHER'..
saya sendiri penah lalui saat2 ni..mmg susah hati..air mata ni jadi 'kawan baik masa tu'...
sedih giler..rasa down..hampir give up (sambil angkat tangan) nak benti BF.

tapi alhamdulillah, saya 'bangkit' dan cuba selami masalah saya dalam2..
mungkin saya tidak cukup berusaha? so, saya tanamkan 'semangat yang luar biasa' tu dalam diri ni..

arini saya terpanggil untuk 'menulis' tentang hal ini..saya nak share some tips yang sya lakukan sendiri..(saya tak copy dari mana2 entry org lain ye..ini based on pengalaman saya)
1. Saya kerapkan sesi pam..setiap 2jam sekali..hasil mmg sikit..1oz..sometimes tak sampai 1oz..tapi lama2 sya top-up dapatla 4oz gak akhirnya..

2. Sebelum pam susu, sya minum segelas air masak. lepas pam susu sya minum segelas air masak lagi.

3. Hasil pam dari hari ini saya akan jadikan bekalan anak saya di nusery pada keesokan harinya.

4. Hasil pam hari JUMAAT, saya akan simpan sebagai STOK EBM (INI LAH STOK YG AKAN KITA SELALU TAMBAH).

5. Untuk kegunaan hari ISNIN berikutnya, saya akan lakukan 4 sesi perahan pada hari minggu.

(Pagi sabtu, malam sabtu, Pagi Ahad, malam ahad) - mencukupi untuk kegunaan anak sya di nusery pada hari ISNIN. - so..saya tak perlu nk curi FROZEN EBM yg ada.

6. Saya akan angkut pam susu EVEN BALIK KAMPUNG sekalipun. saya akan lakukan rutin pemerahan sama seperti nombor 5. Susu yang diperah sya akan simpan dalam fridge, sya tak buat jadi frozen sbb dikhuatiri cair semasa perjalanan balik ke kl.

7. Weekdays, saya memerah sebanyak 5x. (1x - pagi selepas subuh, 3x di pejabat -9pagi,11pagi,3ptg,5ptg). stok yang diperah ini saya akan jadikan bekalan anak sya utk esoknya.
8. plg penting, JGN STRESS..skrg ni sya mengambil sikap 'WAT 'DERK' JE ESP DI SAAT2 ZMN MERUDUM TU DTG'...sbb sya sentiasa POSITIF THINKING 'SUSU SYA CKP UTK ANAK SAYA'...

disamping itu, ibu2 bolehla try makan dan minum makanan yg boleh banyakkan susu seperti yg sya nyatakan dlm entry ini..
stok ebm sya ketika dulu..tak sampai 10botol...
stok ebm saya kini yg mencecah hampir 40botol/bekas(tepi pintu freezer pn ada tapi lupe nk snap)..alhamdulillah..
Setakat ini, itu saje amalan ni yg saya amalkan setakat ni...mungkin BF mommy yg lain boleh lakukan perkara yg sama..atau u all ada best solution lagi..bolehla share dengan saya. saya pn nak gak tambah ilmu pasal ni.

sehingga betemu di lain entry.. =)

Monday, May 11, 2009

Langkah2 Memerah Susu

4 comments

Ready...

  1. Sebelum memulakan sesi perahan, cuci tangan dengan sabun (kebiasaannya, sya gunakan Dettol hand sanitizer bila di pejabat..kes malas nk ke pantry).
  2. Pastikan duduk dalam keadaan yg selesa, jika boleh di atas kerusi menghadap meja yang dpt menjadi 'pemegang' pam.
  3. Pastikan bekas simpanan susu/botol/plastik pembungkus susu dalam keadaan baik.
  4. Pastikan terdapat sedikit air, makanan ringan, telefon, remote control atau buku bersama anda.(Jika anda mengambil teh, pastikan ianya bukan teh 'peppermint' krn ia akan mengurangkan pengeluaran susu anda)

Set...

  1. Ambil masa sekejap dan tarik nafas sedalamnya.
  2. Pejamkan mata.
  3. Urut 'b' dengan lembut, picit sedikit puting.
  4. Bayangkan baby sedang menghisap 'b' atau bayangkan anda berada ditempat yang tenang/sukai. Atau boleh juga menatap gambar anak kesayangan di handphone. Langkah ini akan membuatkan anda relaks dan memudahkan aliran susu dimana akan merangsang otak untuk merembaskan hormon yg dikenali oxytocin. hormon ini akan merangsang kelenjar susu untuk menghasilkan susu..seterusnya susu akan mengalir kepada baby/breastpump.

Go!

  1. Pastikan corong tidak terlalu kecil dan halakan muncung tepat kepada puting.
  2. Mulakan perahan dengan kelajuan minimum terlebih dahulu utk mengelakkan puting terluka (jumlah susu yang akan keluar tidak akan meningkat dengan sedutan yang kuat).
  3. Tingkatkan kelajuan yang dikehendaki untuk mendapatkan lebih banyak susu.
  4. Pada peringkat permulaan, susu akan hanya meleleh tetapi setelah berlaku 'let down', susu akan mula memancut keluar daripada puting.



When to stop

  1. Teruskan pemerahan sehingga tiada lagi aliran susu yang keluar.
  2. Adakalanya, proses 'let down' akan berlaku sekali lagi untuk merangsang pengeluaran susu.

Bagaimana bayi belajar menghisap?

0 comments
Sabtu yang lepas, saya menonton rancangan 'In The Womb' di NGC channel..its my fav show.


ada satu fakta yang menarik untuk dikongsi disini..



Kajian menunjukkan bahawa, sejak dari dalam rahim lagi..bayi boleh 'tersedu'..bukan 'sendawa ye'...tapi 'tersedu'..kajian tidak dapat menentukan 'apa punca' bayi tersebut boleh tersedu..

tetapi, kebaikan yang diperolehi daripadanya adalah 'bayi yang tersedu ini dapat meningkatkan deria untuk mencari puting susu'..selain itu, jika dari dalam rahim dia sudah pandai menghisap jari, ini dapat membolehkan bayi tersebut 'pandai menghisap susu ibunya' sebaik sahaja lahir ke dunia..


menarik kan???

adakah benar bahawa sesetengah bayi yang lahir, tidak pandai menghisap? atau mungkin, ibunya sendiri tidak tahu 'cara yang betul' untuk membantu bayi mereka menghisap?
saya sendiri 'tidak tahu caranya' tetapi alhamdulillah nurse yang 'ada ilmu BF' mengajar saya cara memegang dan menyusukan bayi dengan betul..


nota: masa qaisara dalam perut saya dulu, saya kerap merasa denyutan yang sekata..boleh dikatakan setiap hari..firasat saya ketika itu meneka 'adakah bayi saya sedang tersedu' atau sucking her thumb?' adakah ia secara kebetulan? hm...hanya Allah yang mengetahui..
Blog Widget by LinkWithin
 

m.y ~ b.r.e.a.s.t.f.e.e.d.i.n.g ~ j.o.u.r.n.a.l Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template