Wednesday, February 24, 2010

tips untuk ibu yang berhati kental!


sungguhpun nama panggilan aku di rumah adalah 'nona' tapi aku bukanlah penonton setia rancangan 'nona' tv3. so last weekend, sedang aku santai melepak depan tv, tangan ni pantas nak tukar ke channel lain...tapi hasrat hati terbantut bila dengar 1 statement keluar dari mulut maya karin(sejak bila dia ni jadi pengacara nona ni?)....

'dengan menyusukan bayi, anda dapat mengembalikan bentuk asal tubuh badan' (lebih kurangla ayat dia tuh..) terusla aku tak jadi tukar channel..mesti nona nak share tips/petua nak kuruskan badan...

tapi..aku silap..bukan itu focus topik nona aritu....actually, nona kasi TIPS PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJAYA...oklah tu..sebab aku memang tergolong dalam kelompok ibu-ibu tuh...so here aku ringkaskan tips yang aku dapat dalam rancangan nona tu untuk dikongsi bersama ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayi mereka nanti.....

Persediaan Untuk Ibu

1.Elakkan stress kerana boleh menjejaskan hormon prolaktin yang membantu dalam penghasilan susu ibu.
2. Stok bekalan EBM untuk diberikan kepada bayi sepanjang ibu bekerja perlu disediakan at least 3minggu sebelum bekerja.Boleh rujuk entry aku yang ni-Stok EBM

stok EBM sara

Persediaan Untuk Bayi

Latihan kepada bayi perlu dilakukan at least 3 hari sebelum bekerja. Rujuk step berikut:
1. Ibu perlu bangun seawal yang boleh, saranan jam 5.30pagi.
2. Terus susukan bayi walau bayi sedang tidur/mamai.
3. Selepas tu, ibu boleh lakukan kerja rumah (siapkan breakfast, siapkan anak ke sekolah ke..etc)
4. Bila bayi sudah bangun, berikan susu perahan kepada bayi mengikut tempoh waktu ibu bekerja (contoh 8 jam), jangan direct breastfeed bayi sepanjang waktu tersebut walau kita ada di rumah semasa latihan dilakukan.

5.Cara memberi susu perahan kepada bayi seperti berikut:
  • Minta bantuan orang lain(maid/husband/penjaga bayi) untuk pangku bayi.
  • Beri susu dalam feeder cup/sudu(atau boleh guna botol bersudu macam dalam pics bwh nih) untuk elakkan bayi confuse dengan nipple ibu.

feeder cup


bottle with spoon

Ini tambahan aku ye..sbb doktor tu tak cakap details..
  • Catatkan jumlah susu perahan yang bayi minum setiap kali diberi. Tujuannya supaya ibu dapat mengagak jumlah stok yang diperlukan bayi semasa ditinggalkan pada pengasuh.
  • Beri susu mengikut jadual. nanti aku upload contoh jadual yang aku pernah guna utk train sara masa kecik dulu. kena selongkar kotakla jwbnya..huhu
  • Ibu boleh pam susu seperti biasa mengikut jadual sepertimana sudah naik bekerja kelak. Boleh rujuk entry-jadual perahan
harap entry ni dapat memberi panduan especially untuk azza yang nampak semangat waja sungguh nak bf 2nd adik airyl nanti.. aku sokong ko 100%!

oh..by the way, as usual lah kan, nona mesti akan masukkan their own celebirty dalam program diorg kan..so dalam tu ada gakla terselit seorang personality tv3 yang juga bf mommies..you guys boleh check blog irin putri azmi.

10 comments:

~ As ~ on February 24, 2010 at 10:03 AM said...

ya saya ada tgk...ahahaha

azzamoro on February 24, 2010 at 4:54 PM said...

lin, thanks a lot pasal entry ni. aku akan bersungguh2 nanti. thanks skali sebab bagi support...

wardah on February 25, 2010 at 1:01 PM said...

salam, thanks for sharing the infos. byk sgt useful tips kat blog awak. harap2 saya antara yg berhati kental. :)

lin muhamad on February 25, 2010 at 4:32 PM said...

as,
oo tengok gak eh?menarik kan?

azza,
no big deal my friend.sharing is caring

wardah,
wsalan.thanks baca entry i..sya doakan awak juga berhati kental k. :)

rose --{@ ibuRafiq @}-- on February 28, 2010 at 12:47 AM said...

salam lin

rasa sedih bila teringat dulu2 buta betul pasal nak wat EBM

takde langsung rasa nak buat sbb duk teringat rafiq takmo minum susu beku

then wat bodo je sampaila start period, susu jd merudum. masa tu la baru kelam kelibut nak wat stock

alhamdulillah skang rafiq dah leh minum EBM beku

thanx lin for da tips. even dah terlambat, tp takpelah leh guna for coming babies..amin

Maslina Rosdiana on April 23, 2010 at 10:19 PM said...

Salam...

Info yang sangat berguna...:-)

.:mUnies:. on July 27, 2010 at 3:29 PM said...

salam..suke blog awak! & sy dah follow dah..sejak sebulan ni anak sy tak mo minum susu yg dibekalkan kat bbysitter, die hanya minum malam, nk wat stok pon dh penuh 1 peti ais. lagi pon, pump2 die bukan nk minum pon, jd sy tak pump bile kat opis..skrg ni ..bile pum dh jdi sikit dptnye hanya 3 oz..sedih, sy simpan susu smpai ptg terus direct bagi kat die..skrg susu macam dah kurang sikit gara2 sy kurang pump..& buat endah tak endah je :(

fizanur on October 14, 2010 at 3:00 PM said...

wah..memang all abt bf la blog awk ni. i like.:)

MARIA LIZA on August 18, 2011 at 1:02 PM said...

really support BF..lagi 4 bulan nak complete 2 tahun ni...

a2zbaby on March 7, 2012 at 2:03 PM said...

Really great post Baby Products

Baby Care Products

Post a Comment

Blog Widget by LinkWithin
 

m.y ~ b.r.e.a.s.t.f.e.e.d.i.n.g ~ j.o.u.r.n.a.l Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template