Wednesday, February 24, 2010

tips untuk ibu yang berhati kental!

10 comments
sungguhpun nama panggilan aku di rumah adalah 'nona' tapi aku bukanlah penonton setia rancangan 'nona' tv3. so last weekend, sedang aku santai melepak depan tv, tangan ni pantas nak tukar ke channel lain...tapi hasrat hati terbantut bila dengar 1 statement keluar dari mulut maya karin(sejak bila dia ni jadi pengacara nona ni?)....

'dengan menyusukan bayi, anda dapat mengembalikan bentuk asal tubuh badan' (lebih kurangla ayat dia tuh..) terusla aku tak jadi tukar channel..mesti nona nak share tips/petua nak kuruskan badan...

tapi..aku silap..bukan itu focus topik nona aritu....actually, nona kasi TIPS PENYUSUAN SUSU IBU BAGI IBU BEKERJAYA...oklah tu..sebab aku memang tergolong dalam kelompok ibu-ibu tuh...so here aku ringkaskan tips yang aku dapat dalam rancangan nona tu untuk dikongsi bersama ibu-ibu yang berhasrat untuk menyusukan bayi mereka nanti.....

Persediaan Untuk Ibu

1.Elakkan stress kerana boleh menjejaskan hormon prolaktin yang membantu dalam penghasilan susu ibu.
2. Stok bekalan EBM untuk diberikan kepada bayi sepanjang ibu bekerja perlu disediakan at least 3minggu sebelum bekerja.Boleh rujuk entry aku yang ni-Stok EBM

stok EBM sara

Persediaan Untuk Bayi

Latihan kepada bayi perlu dilakukan at least 3 hari sebelum bekerja. Rujuk step berikut:
1. Ibu perlu bangun seawal yang boleh, saranan jam 5.30pagi.
2. Terus susukan bayi walau bayi sedang tidur/mamai.
3. Selepas tu, ibu boleh lakukan kerja rumah (siapkan breakfast, siapkan anak ke sekolah ke..etc)
4. Bila bayi sudah bangun, berikan susu perahan kepada bayi mengikut tempoh waktu ibu bekerja (contoh 8 jam), jangan direct breastfeed bayi sepanjang waktu tersebut walau kita ada di rumah semasa latihan dilakukan.

5.Cara memberi susu perahan kepada bayi seperti berikut:
  • Minta bantuan orang lain(maid/husband/penjaga bayi) untuk pangku bayi.
  • Beri susu dalam feeder cup/sudu(atau boleh guna botol bersudu macam dalam pics bwh nih) untuk elakkan bayi confuse dengan nipple ibu.

feeder cup


bottle with spoon

Ini tambahan aku ye..sbb doktor tu tak cakap details..
  • Catatkan jumlah susu perahan yang bayi minum setiap kali diberi. Tujuannya supaya ibu dapat mengagak jumlah stok yang diperlukan bayi semasa ditinggalkan pada pengasuh.
  • Beri susu mengikut jadual. nanti aku upload contoh jadual yang aku pernah guna utk train sara masa kecik dulu. kena selongkar kotakla jwbnya..huhu
  • Ibu boleh pam susu seperti biasa mengikut jadual sepertimana sudah naik bekerja kelak. Boleh rujuk entry-jadual perahan
harap entry ni dapat memberi panduan especially untuk azza yang nampak semangat waja sungguh nak bf 2nd adik airyl nanti.. aku sokong ko 100%!

oh..by the way, as usual lah kan, nona mesti akan masukkan their own celebirty dalam program diorg kan..so dalam tu ada gakla terselit seorang personality tv3 yang juga bf mommies..you guys boleh check blog irin putri azmi.

Thursday, February 18, 2010

perkara yang ditakuti bila...

7 comments
alhamdulillah..selama aku simpan stok frozen ebm..tak pernah lagila berlaku perkara-perkara yang boleh 'menjerut leher'..until 1 day. perkara yang aku risau dan takuti selama ni, berlaku secara tiba-tiba...BLACKOUT!!!!

*selama ni if ada maintenance, diorg akan tampal notice..tapi ni tiba-tiba*

aku panik sekejap...mula-mula tv terpadam..then tak sampai 5saat ada balik...ingatkan ok la kan..then suddenly terus blackout! kelam kabut aku..sebab elektrik takde lama juga..kebetulan tinggal aku dan sara je kat rumah..husband pula keje shift petang..terus call husband. dia kasi TNB careline...terus aku call buat aduan. ingatkan rumah aku/floor aku je takde elektrik..rupanya satu kawasan apartment takde elektrik...then aku dengar siren bomba..panic dan betambah risau. jam dah pukul 6. oh tidak!!! aku tak pernah spare stok lilin kat rumah. pulak tu, torchlight pun takde....masak sungguh!!!!

tapi itu bukan perkara pertama yang terlintas dalam kepala otak aku ni. yang aku ingat dulu..'ABISLA CAIR STOK EBM AKU!!' mana tak risau weh..dahla dalam fridge tu memang stok betul-betul emergency..4-5botol camtu je. then husband suggest aku call membe minta bantuan tumpangkan susu kat rumah dia. bila dah bersiap nak keluar, alamak lif pula tak boleh guna!!!! wooo tak sangggup aku nak turun tangga dari tingkat 6 berdukung sara lagi. tangga tu dah la gelap dan kecik...takut wooooo.... dah tu camno?????

teringat aku pada seorang lagi sahabat, bf blogger mom yang aku kenal..DHIA. alhamdulillah aku memang save lagi hp number dhia. aku minta advise dhia..apa harus aku lakukan? dhia mention, jangan buka fridge, NANTI SUHU CEPAT DROP. okla..aku pun rasa lega sikitla kan. dalam hati tu aku tawakal dan beserah pada Allah..kalau susu tu bukan rezeki sara, then aku redha je lah...

lagi satu mslh..takde lilin..so time ni la wt muka tak malu ketuk pintu umah jiran. segan juga, ye la since duduk sini..memang tak bercampur sangat. bukan kera sumbang.. tapi style kat sini, balik je keja masing-masing terperap dalam rumah..huhuhu...tak bermasyarakat sangat. dapatla lilin 2 ketul dari rumah jiran, aku kenal dia pun sebab aritu penah gi openhouse dia (itupun dia jemput kitorg kat lif.hehehe)

berbalik pada cite stok ebm aku...aku berdoa cepatla elektrik ada..cepatla......sampai la masuk maghrib..then pukul 8mlm. anak sedara call bagitau nak dtg ambil aku bawak gi rumah abg. aku berat hati nak pegi. then tak lama lepas tu, dalam 10minit camtu elektrik ada. waaaa aku happy sangat...terus aku cek susu kat fridge..alhamdulillah, susu aku tak cair langsung! icepack yang aku masukkan lepas balik keja pun dah mengeras. means even elektrik takde tadi, tapi suhu peti ais still maintain macam elektrik still ada....alhamdulillah....berakhir sudah dugaan.


risau tau aku aritu..memang panic gila babengla..tak tentu arah. sara pula menangis sebab takut gelap sangat kot. harapan aku, let it be the first and last time la terjadi macam tu. cuma sekali tu la disebabkan kecuaian aku sampai pernah terlupa tutup rapat pintu fridge..sampai ada 3botol susu yang cair..but susu tu still selamat untuk diminum..tapi itu atas kecuaian sendiri..bukan sebab blackout. memang skrg ni fobia..kalau lepas tutup peti ais/nak keluar rumah mesti double triple check pintu fridge. takut tak rapat macam dulu..huhu

so guys, if next time benda ni terjadi pada u all dan situasi korang lebih kurang macam aku ni, ..tolong ingat satu perkara, untuk sementara waktu sebelum dapatkan bantuan tu..'TOLONG JANGAN BUKA PINTU PETI AIS BAWAH DAN PINTU ATAS UNTUK ELAKKAN SUHU FRIDGE CEPAT DROP'.
Blog Widget by LinkWithin
 

m.y ~ b.r.e.a.s.t.f.e.e.d.i.n.g ~ j.o.u.r.n.a.l Copyright © 2008 Black Brown Art Template designed by Ipiet's Blogger Template